Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Perpindahan Berlaku.. Huhu..

Just nak inform kepada pembaca2 blog ini.. Aku telah berpindah ke platform baru untuk meningkatkan kembali semangat aku untuk menulis blog setelah sekian lama tidak menulis.

Korang boleh layari blog baru aku di akureformasi.blogspot.com

Terima Kasih kepada rakan2 yang banyak menyokong aku.. Huhu…

April 3, 2009 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Rafidah Vs Shahrizat.. Dan Pemenangnya ialah……

Berita yang sudah dijangkakan. Shahrizat akan menentang Rafidah dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang. Hehe.. Nampaknya makin kelam-kabut permasalahn UMNO sekarang ni. Pelan peralihhan kuasa yang dirancang Rafidah dilanggar dan tidak dituruti oleh bahagian akar umbi termasuklah Shahrizat sendiri apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa akan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Untuk rekod, Shahrizat telah pun mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan tertinggi Wanita UMNO itu. Almaklumlahkan, sudah menjadi lumrah manusia agaknya untuk mendapatkan jawatan.Mana mungkin Shahrizat menolak untuk bertanding sedangkan banyak bahagian yang mencalonkannya untuk merebut jawatan Ketua Wanita itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan. Mungkin itu lah agaknya yang difikirkan oleh Shahrizat. Alang-alang dah dapat sokongan perwakilan baik terus mencabar jawatan tersebut.

Melihat kepada senario semasa, Shahrizat mungkin boleh memenangi dalam perebutan jawatan tersebut walaupun jumlah pencalonan yang diterimanya lebih rendah berbanding pencalonan yang diterima Rafidah. Nampaknya sayap kanan UMNO itu dilihat semakin berpecah. Kata-kata bahawa tiada perpecahan akan berlaku walaupun ada pertandinngan dalam jawatan tersebut adalah sekadar untuk mententeramkan jiwa sendiri. Pelan peralihan kuasa yang dirancang gagal. Itu belum lagi ditambah dengan mesyuarat peringkat bahagian yang kebanyakannya timbul pelbagai masalah.

Apa dah jadi sekarang? Permuafakatan yang dicanangkan nampaknya sukar dilaksanakan. Perpaduan UMNO semakin terjejas. Walaupun perpecahan itu cuba dilindung tetapi secara logik akalnya memang sudah pun berlaku. Pelbagai reaksi telah diberikan terhadap keputusan Shahrizat untuk merebut jawatan tertinggi Wanita UMNO itu. Ada yang mengecam dan ada juga yang menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. (lihat sini) Situasi seumpama ini telah dengan jelas menunjukkan percanggahan pendapat walaupun pada asalnya mereka menyokong pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah. Mungkin mereka terpaksa menyokong agaknya sebab itulah situasi seperti ini berlaku. Hanya mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya..

p/s : Kita lihat siapa yang kena…

November 21, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 2 Comments

Akhirnya….

Huh.. Dah lama aku tak menulis kat sini. Almaklum la kan, sibuk dengan final exam yang baru hari ni habis. Sori lah rakan-rakan kerana lama sangat tak menulis pape kat sini. Hehe… Macam la ramai sangat baca blog picisan aku ni kan. Huhu.. Pape pun terima kasih kepada semua yang sudi melayari laman blog aku ni..

Aku amat menghargai sokongan kalian. Terima kasih sekali lagi… ^_^

p/s : Bestnye dah habis exam untuk Diploma ni…

November 15, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Tender UMNO Bukan Penghinaan…

Aku tertarik untuk membincangkan tentang kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya jawatan tertinggi UMNO dibuat secara tender. Kata-kata sinis ini merujuk kepada politik wang yang semakin meruncing dalam sesi pemilihan UMNO sejak dulu lagi. Dan pada hari ini masalah politik wang yang berlaku semakin meruncing dari hari ke hari.

Pada aku ini bukanlah satu pennghinaan tetapi satu peringatan kepada perwakilan UMNO agar tidak menjadikan wang sebagai pendorong untuk memilih pemimpin. Perkataan “Tender” itu adalah sebagai lambang kepada politik wang yang berlaku. Perwakilan hanya akan memilih calon yang mana yang menawarkan wang yang lagi banyak. Jika calon tersebut mempunyai wang yang  banyak maka akan dapatlah pencalonan daripada perwakilan. Hal ini samalah dengan tender yang mana bagi individu-individu yang mempunyai lebih banyak wang akan memenangi tender tersebut.

Bagi individu-individu yang merasakan ungkapan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim ini sebagai satu penghinaan  kepada UMNO mungkinlah agaknya pernah mempraktikkan ”politik wang” ni. Hehe… Manalah kita tahu kan. Kalo cakap nama kang fitnah la pulak. Baik aku bunuh orang kan daripada buat fitnah.. (baca sini)

Kepada insan-insan yang terasa dengan kenyataan ini muhasabah la diri. Jangan terpedaya dengan politik wang untuk memenangi undi perwakilan. UMNO selaku tunjang kepada BN yang masih lagi memerintah negara perlulah membebaskan diri dengan rasuah ini. Jika tidak negara akan berada dalam keadaan yang  bahaya dek kerna ”hantu-hantu” yang sangat suka menggunakan wang ini sebagai batu loncatan untuk mendapat tempat dalam kerajaan.

Kalau dulu sewaktu mula Pak Lah naik menjadi Perdana Menteri katanya ingin memerangi politik wang dan menjadikan kerajaan bersih daripada rasuah nampaknya cita-cita itu hanya tinggal kenangan. Sehingga hari ini politik wang dan rasuah masih lagi berleluasa dalam kerajaan. Manalah perginya cita-cita itu agaknya?

Kepada Datuk Seri Dr. Rais adalah dinasihatkan untuk meninngalkan UMNO yang aku lihat semakin nazak dek politik wang dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan. Jika benar beliau ingin memperjuangkan sistem pemerintahan yang bersih aku berpendapat sampai matilah cita-cita murni itu tidak akan terlaksana jIka terus menerus untuk berada bersama UMNO. Mungkin Pas lebih baik untuk beliau. (lihat sini)

p/s : Apa kata Mahathir kalau Rais masuk PAS?

October 23, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 4 Comments

Satu Malam Di Kelab Shah Alam….

Penat tapi meriah. Itulah yang boleh aku katakan tentang Majlis Makan Malam Pra-Graduasi bagi pelajar Fakulti Perakaunan sesi Disember 2006 yang diadakan di Kelab Shah Alam semalam. Al-maklum la kan, semuanya nak bergaya sakan dengan baju baru yang rata-rata aku baru pertama kali lihat mereka pakai. Bau kedai lagi. Haha….

Disini ingin aku selitkan beberapa gambar aku yang diambil sewaktu majlis berlangsung. Sorilah kualiti kamera handset tidak berapa memuaskan… Jadi gambar-gambar ni ada yang tak berapa nak clear.  Ini adalah gambar yang aku ingin tunjukkan disini… 

October 17, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Kami Mahu Semua Turun!!!

Harga minyak dah turun. Pak Lah pun dah nak turun. Terima kasihlah kepada kerajaan sebab turunkan harga minyak walaupun tidak seberapa tapi aku tetap bersyukur. Nanti kalau cakap banyak sangat kang kufur nikmat plak. Hehe…

Tapi masih ada benda yang aku nak tengok turun.. Aku nak tengok Kerajaan BN plak turun dari tampuk pemerintahan negara. Cukuplah setelah memerintah selama 50 tahun di Malaysia ni. Aku nak merasai angin baru pula. Bila masanya aku tak kisah yang penting aku dapat tengok “PENURUNAN” tu sebelum aku mati.. Semoga aku di panjangkan umur untuk menyaksikan detik yang paling bersejarah ni. Hehe… Sama-sama lah kita nantikan saat dan ketikanya. Sama ada pada pilihan raya yang akan datang atau lebih cepat lagi…

Kepada barisan kerajaan bersedialah dalam menghadapi angin  baru perubahan yang bakal di bawa ini. Jangan terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang menjauhkan diri anda dengan rakyat. Selagi masih ada kesempatan ni cepat-cepatlah anda semua penuhkan poket. Nanti dah tak jadi kerajaan susah nak dapat ”duit poket”  Haha…. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada Pakatan dalam membawa agenda rakyat ke Parlimen. Kepada Barisan Nasional juga selamat maju jaya dalam menjawab pelbagai isu-isu yang berbangkit…

p/s : Menghitung hari yang penuh sejarah…

October 15, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 2 Comments

Boikot Atau Takut?

Aku tertanya-tanya mengapa ada segelintir ahli Parlimen BN  tidak berada di dalam Dewan sewaktu perbahasan Bajet 2009 dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Malah ada yang di lihat mundar-mandir di perkarangan lobi Parlimen dan ada juga yang berada di kafe sewaktu perbahasan di jalankan. (lagi berita) Malah Datuk Seri Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan juga turut tidak berada di dewan sewaktu perbahasan sedang di jalankan. Mana kredibiliti ahli Parlimen BN yang kononnya mampu membela nasib rakyat?

 Seharusnya tindakan memboikot sidang Dewan apabila perbahasan yang aku kira begitu penting kepada negara dan rakyat tidak sepatutnya berlaku. Atau mungkin mereka bukanlah memboikot seperti yang digambarkan oleh media tetapi mereka TAKUT; Takut untuk menerima kenyataan dan permasalahan yang berlaku. Takut untuk berhadapan dengan ketirisan yang berlaku. Mereka seharusnya lebih matang dan berani untuk lebih banyak untuk membuat celahan sewaktu perbahasan di jalankan bagi mempertahankan Bajet  2009 yang dibuat oleh mereka sendiri. Bukan dengan keluar daripada Dewan dan mundar-mandir di perkarangan lobi Parlimen walaupun itu bukanlah satu kesalahan tetapi sikap yang yang di tunjukkan adalah tidak baik sekali.

Ahli-ahli Parlimen BN seharusnya turut berada bersama-sama bagi mendengar perbahasan yang di bentangkan tentang Bajet 2009 agar mereka dapat tahu ketirisan yang berlaku dan berusaha untuk membetulkannya. Sikap-sikap seumpama inilah yang kurang di sukai oleh rakyat. Apabila diberi mandat mereka khianat apabila tidak menghadiri sidang tanpa sebab-musabab yang munasabah. Yelah adakah munasabah kalau Pakatan membentangkan bahas di dalam Dewan tetapi mereka mundar-mandir di luar Dewan.

Bukanlah untuk menghentam ahli Parlimen kerajaan, tetapi mereka sepatutnya tahu tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen dan tidak mengabaikan tangungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Semoga insiden seumpama ini tidak terus berlaku dan sesi perbahasan dapat dijalankan dan Pakatan berjaya membawa mesej yang sempurna untuk disampaikan kepada barisan pihak kerajaan…

p/s : Kalau malas nak dengar perbahasan kat Parlimen baik tak payah jadi ahli Parlimen….

October 14, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 4 Comments

Sibuk Yang Amat Menyibukkan….

Huhu… Dah berkurun aku tak menulis kat blog ni.. Kalau blog aku ni sejenis roti sudah tentu dah lama berkulat. Tapi nasib baik la bukan roti mahupun makanan-makanan ruji yang lain.. Apa-apa hal aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua walaupun hari ni dah masuk sepuluh Syawal pun… Hehe… Sori la rakan-rakan…. Macam tajuk entri aku la.. Sibuk yang amat menyibukkan… Sebab tu la lambat sket nak update entri terbaru kat blog ni…

Ok lah rakan-rakan…. Semoga semua sentiasa gembira dan ceria selalu dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan pendustaan hari ini.. Semoga kita tidak terjatuh ke lembah kegelapan itu… Berbahagia dan beramallah selagi umur masih ada.. Semoga aku di panjangkan umur untuk menulis entri yang seterusnya… Wassalam…

p/s : Menanti hari yang penuh kebahagiaan….

October 10, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 2 Comments

Bahaya Pembangkang…

Erm… Nampaknya satu lagi dakyah daripada barisan kerajaan yang pada aku adalah tidaktepat sama sekali. Menyokong barisan Pembangkang adalah berbahaya dan tidak patut sama sekali. (baca ni) Hehe.. Kalau ye pun nak menipu jangan lah sampai macam tu sekali.. Sampai kata menyokong Pembangkang atau Pakatan adalah berbahaya. Nampaknya MCA masih cuba untuk menyelamatkan dirinya yang semakin terumbang-ambing setelah kekalahan besar pada PRU-12 yang lalu yang pada aku adalah dalam nada mengugut masyarakat cina di negara ini.

Aku pun tak tahu lah nak cakap apa kan. Biarlah “ugutan-ugutan “seumpama itu terus meniti di bibir-bibir kepimpinan Barisan Nasional. Tapi mereka harus sedar bahawa MCA yang merupakan parti komponen kedua terbesar selepas UMNO dilihat semakin tidak relevan kepada masyarakat cina. Kenyataan-kenyataan seumpama ini hanya akan memakan diri sendiri.

Kepada BN, teruslah berusaha untuk menjatuhkan reputasi Pakatan di mata rakyat. Gunakanlah segala alternatif di negara ini untuk menyebarkan propaganda kerajaan sementara masih ada waktu. Jangan nanti menyesal kerana tidak menggunakan sepenuhnya penguasaan media oleh pihak kerajaan untuk menjatuhkan Pakatan. Tapi mereka harus tahu bahawa rakyat sudah tahu menilai dan  mereka tahu apa yang disampaikan menerusi media arus perdana itu bukanlah sepenuhnya boleh dipercayai. Contohnya amat jelas. Media sering memaparkan bahawa seluruh ahli UMNO menyatakan sokongan terhadap peralihan kuasa yang akan diadakan pada 2010(kalau sempat la..) tapi pada hakikatnya ramai yang tidak bersetuju dengan tempoh yang dikatakan terlalu lama itu.  Itu baru satu contoh ketidaktelusan media di negara ini. Pergolakan yang berlaku, ketenteraman yang di lapor. Itulah hakikatnya.

Semoga Pakatan dapat mengemaskan pentadbiran negeri dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka layak untuk memerintah bagi menggantikan kepimpinan BN yang aku lihat semakin lama semakin goyah disamping pengurusan ekonomi yang kurang stabil..

p/s : Jangan pesongkan rakyat…

September 23, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 4 Comments

16 September : Ancaman ”Si Tua”

Nampaknya isu 16 September dan lompat si katak lompat belum berakhir malah menjadi semakin panas dan hangat di negara kita ini.  Terbaru, Si Tua Pak Lah telah melabelkan Si Tua Anwar sebagai ancaman kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan di negara ini. Nampaknya Si Tua Anwar kenalah bersedia meringkuk dalam ISA lepas ni. Orang yang tulis surat khabar pun kena tangkap ini pulak orang yang memberi ancaman pada negara ; bak kata Si Tua Pak Lah la kan..

Siapa yang mengancam dan siapa pula yang terancam sebenarnya? Pada hemat aku, Si Tua Pak Lah la yang mengancam. Mengancam dengan bertindak sesuka hati dengan menggunakan ISA sebagai lesen untuk menahan mana-mana individu yang tidak sebulu dengannya. Dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu hari ini Si Tua itu cuba melarikan diri dengan bertukar portfolio dan mengambil alih port folio Si Tua Najib. Dengan harapan dia tidak di salahkan dan tidak perlu menjawab segala permasalahan tentang ekonomi negara di Parlimen kelak malah meletakkan segalanya di atas bahu Si Tua Najib disamping menuduh Si Tua Anwar yang menyebabkan keadaan ekonomi hari ini berlaku.

Hebat dan mengagumkan teknik yang diguna pakai oleh Si Tua Pak Lah ni. Bak kata pepatah Inggeris yang di Melayukan membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Sambil menyelam minum air. Cadangan untuk mempercepatkan tempoh peralihan kuasa itu hanyalah sebagai gimik politik semata-mata bagi mengaburi segala sandiwara yang direncanakan.

Mengatakan negara dalam keadaan terancam dek penangan 1609 oleh Si Tua Anwar adalah satu helah untuk mengelirukan rakyat dan sebagai pelampung untuk menyelamatkan diri sendiri yang semakin karam dalam permainan yang dicipta. Yang paling benar adalah terancamnya kedudukan mereka dalam kerajaan. Begitulah hebatnya penangan orang-orang tua ini. Cerita dongeng pun boleh menjadi sejarah..

p/s : SI TUA yang mengancam…

September 18, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 4 Comments