Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Nombor, Sami, Dan Islam

Pernahkah anda menerima sekeping surat layang yang menceritakan kehebatan seorang sami Siam yang kononnya dapat meramal dengan tepat nombor ekor? Ya itulah kenyataannya. Baru-baru ini sewaktu pulang ke rumah yang tercinta aku ada menerima dua keping surat. Menurut surat yang dialamatkan kepada bapaku itu terdapat seorang sami di Siam boleh meramal nombor dengan tepat. Apa semua ini? Bapaku yang telah mengetahui isi surat itu meminta aku untuk membuangnya. Menurutnya itu adalah kali ketiga surat seumpama itu sampai kerumah. Bagaimanalah agaknya penghantar surat itu mendapat alamat rumahku sedangkan surat itu daripada negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Tapi bukanlah itu yang aku ingin ungkitkan disini. Biasalahkan, kalau dapat surat layang seumpama ini akan ada beberapa orang yang menyokong dan mensahihkan perkara yang ditulis dalam surat itu.Apa yang aku ingin ungkitkan disini ialah aku amat hairan dan sangat kecewa kerana insan-insan yang mensahihkan surat itu tidak lain tidak bukan adalah orang MELAYU dan beragama ISLAM. Apa semua ini? Aku tidak mengerti mengapa masih ada orang kita yang jahil tentang agama. Secara terang telah disebutkan dalam Al-Quran bahawa judi itu HARAM. Aku ni bukanlah alim ulama’ yang hebat berbicara tentang agama, tetapi aku sedar betapa kegiatan seumpama ini perlu dihapuskan. Tidak dinafikan bahawa ini adalah fenomena biasa yang melanda umat Islam masa kini. Namun demikian, haruskah kita berdiam diri? Kita sebagai umat Islam seharusnya bersatu-padu bagi menangani anasir-anasir seumpama ini. Jika dibiarkan perkara sebegini akan terus berlarutan. Cuba bayangkan surat layang seumpama itu sampai ke tangan yang lemah imannya dan terdesak untuk menjadi kaya, sudah tentu mereka akan menggunakan khidmat sami Siam ini. Siapa yang rosak? Fikir-fikirkanlah.

p/s : Semoga umat Islam terselamat daripada durjana dunia ini….

November 22, 2007 - Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 5 Comments

5 Comments »

  1. kekadang ade pihak sengaja mereka2 cerita… mengatakan bahawa orang Melayu Islam yg mensahihkan surat itu… sedangkan hakikatnya tiada…

    pedangbiru : Itulah cabaran umat Islam masa kini. Semoga kita terus bersatu-padu.

    Comment by luccadjiwa | December 2, 2007 | Reply

  2. I pernah call number ni, diaorg mintak nama dan tarikh lahir. Pastu diaorg call balik, cakap u ada suwey laa, kene buang sumwey baru nombor kene. Pastu minta bende macam2, buah laa, bunga laa, lilinlaa, kayu laa dalam masa 4 jam. Padahal kan jauh johor ngan kedah, camner nak bagi. Diaorg cakap takper, diaorg akan uruskan. Masukkan duit dalam acc bank dia, public bank lak tu. Bende sumer boleh beli kat kedai dekat ngan tempat dia? Then, dia suruh masuk duit dalam masa 4 jam tu. Selepas 4 jam tu, duit x dimasukkan, then dia call. Dia cakap brg dah sampai, tp duit x masuk. Org kedai marah sampai gaduh2. Kalau x bayar nanti, saya sihir you. Korang fikir sendirilaa, kalau korang, korang buat apa? bayar ke x bayar?

    Comment by KLopinion | August 1, 2008 | Reply

  3. Yang kelakarnya,

    1. Mamat tu mintak bende tu nak dalam masa 4 jam. Sebab apa? sebab dia tau kita xleh tunaikan sebba kita jauh dan brg2 camni susah nak cari, tok moh pon selalu bagi masa seminggu cari bukan 4 jam.

    2. Boleh pulak dia cakap, tak payah kwathir, dia boleh settlekan, boleh beli kat kedai dekat ngan tempat dia. Best betul, kedai jual sumer barang2 sekali gus. Saya x taulaa, kat Johor xder.

    3. Boleh siap kasi account number lagi. account public bank lagi tu? cakap pon spontan. Macam dah planning baiknya, tau org takleh bagi dalam masa 4 jam, boleh terus bagi nombor account lak, suruh masukkan duit dalam serat lebeh.

    4. Bila dia call lepas 4 jam tu, dia cakap brg dah ambil tp belum bayar, sebab duit x masuk lagi, apasal ambil barang sebelum dapat duit. Bodoh ker apa?

    5. Gaduh ngan org kedai? Kalau selalu ambil kat kedai yg sama, apasal sampai gaduh? Org kalau bagi hutang mesti kenal sgt, betul x? Takkan sampai gaduh. Lainlaa kalau dah ambik 10 kali, 3 bulan x bayar, bolehlaa gaduh2.

    6. Cakap nak sihir. Kenapa sihir? sebab inilaa kelemahan org melayu. Mmg betul sihir tu ada sejak zaman Nabi Sulaiman lagi, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dll. Sebab tu dia cakap sihir, bagi org takut kasi duit. Ketahuilah saudara2 ku, bahawa Tuhanmu, yakni Allah, tuhan yg mencipta sekian alam, yg mengetahui segala yg tersurat yg tersirat, yg nyata dan yg ghaib. Berlindung laa kepada dia, sihir hanya berlaku dgn izin dia sahaja.

    7. Fikirlaa, kalau boleh dpt nombor, boleh buat duit, buat apa duduk kat Kedah. Duduklaa kat Paris ker, Los Angelas ker, Dubai ker? Ini call, suruh org call balik sebab kredit x banyak. Pastu nak kencing org, kekekeke.

    pedangbiru : Kalau dah menipu tu memang kantoinya la…. Hehe…

    Comment by KLopinion | August 1, 2008 | Reply

  4. Semuanya penipu, jangan percaya, salinan tiket semua penipu belaka, boleh buat sendiri guna ict canggih,sampai tiket original konon dia boleh kasi untuk ditukarkan setelah semua bayaran dibuat,blia pergi nak tuntut dikedai 4d semuanya palsu belaka silap-silap haribulan kena dakwa sebab menipu tiket yang sah, jadi dapat surat itu buat aduan beramai-ramai kat balai polis.

    Comment by tikus mondok | May 20, 2009 | Reply

  5. sami penipu

    Comment by playa | July 16, 2009 | Reply


Leave a comment