Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Siapa Jahat?

Aku pasti semua orang sukakan kartun. Kartun dapat menjadikan lebih gembira dengan pelbagai aksi lucunya. Dan aku amat pasti semua orang pernah menonton siri kartun ‘Tom & Jerry’. Bagi yang tidak mengambil pusing hal ehwal kartun ni biarlah aku nyatakan bahawa Tom adalah seekor kucing manakala Jerry pula adalah seekor tikus. Jika kita selusuri kebanyakan jalan cerita siri kartun ini kita akan dapat melihat betapa Tom akan sentiasa mengejar Si Jerry ini. Apa puncanya? Aku pasti ramai yang berpendapat bahawa Tom ingin memakan si tikus kecil ini dan jika itulah kesimpulannya, anda SALAH sama sekali.

Setelah aku menonton beberapa siri kartun ini, aku berpendapat bahawa Jerry sengaja mencari masalah dengan Tom. Misalnya, si tikus Jerry ini seringkali meletakkan perangkap tikus di dalam bekas susu Tom. Salah siapa? Selain itu si tikus Jerry ini juga acapkali menggangu kehidupan Tom.

Cuba kita lihat siapa jahat sebenarnya? Hehe…

p/s: Seronok menonton siri kartun ni…

December 18, 2007 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 1 Comment

Dalam Kenangan

Hampir seminggu Pertandingan Debat Diraja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia berakhir. Tapi baru hari ini aku dapat untuk mencatatkan serba sedikit catatan dek kerna kesuntukan masa dan pelbagai tuntutan peribadi. Hehe….

Terima kasih kepada semua rakan-rakanku yang banyak membantu sepanjang pertandingan ini berlangsung. Jijie, Shila, Yus, Azzah, Sharifah, Wafi, Idzuan, Imran, Misha, Mimi, Dura dan lain-lain yang tidak termampu aku catatkan disini aku ucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua. Semoga persahabatan kita akan terus kekal dan berpanjangan.

Tahniah juga kepada pasukan debat UiTM walupun tidak bergelar juara. Usaha kalian tetap dihargai. Semoga kita semua akan bertemu pada pertandingan yang akan datang..

December 6, 2007 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 4 Comments