Mampukah Malaysia Mencapai Status Negara Maju Menjelang 2020?
Aku bangga menjadi anak Malaysia. Hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram dalam masyarakat yang berbilang kaum walaupu kadangkala terdapat sedikit ketegangan yang berlaku. Sungguhpun demikian, aku masih tertanya-tanya, adakah status negara maju akan dapat dicapai oleh Malaysia yang tercinta ini menjelang tahun 2020? Pada pandangan insan biasa seperti diriku ini, aku berpendapat adalah amat sukar mencapai status tersebut menjelang tahun2020 berdasarkan keadaan semasa masyarakat Malaysia pada hari ini. Bukan tidak boleh mencapai status tersebut, tetapi kita memerlukan masa yang untuk lebih bersedia bagi mencapai status tersebut berdasarkan beberapa fakta yang perlu kita fikir bersama.
Antara fakta yang perlu kita fikirkan ialah, adakah Malaysia akan mampu mencapai status negara maju sekiranya pemimpin kita sendiri masih kabur akan matlamat itu. Bukanlah tidak yakin dengan kepimpinan pada hari ini, tetapi kita masih lagi kekurangan pemimpin-pemimipin yang hebat dan berkaliber untuk memacu negara ke arah matlamat tersebut. Mana mungkin kita akan maju sekiranya pemipin pada hari ini hanya memikirkan akan “poket” mereka semata-mata dan mengabaikan tanggungjawab sosia mereka kepada masyarakat. Hanya apabila pilihan raya hampir tiba barulah mereka turun padang. Namun demikian, bukanlah semua bersikap demikian. Hanya segelintir sahaja yang bersikap seperti itu. Tetapi dek kerna segelintir inilah yang akan membantutkan cita-cita negara untuk mencapai matlamat itu.
Selain daripada itu, untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju bukanlah hanya berpandu kepada prestasi ekonomi semata-mata. mentaliti masyarakat juga perlu di ubah agar seiring dengan kemajuan negara. Sampai bilakah ungkapan seperti ” Janji Melayu ” hendak digunakan? Sampai bila hendak maju jika kita terus beralasan? Fikir-fikirkanlah. Jika kita tidak mengubahnya, siapa lagi.
Berdasarkan kepada dua fakta ini, jelaslah bahawa Malaysia masih belum lagi bersedia untuk memegang status negara maju menjelang tahun 2020. Bukanlah niatku untuk mengubah VISI negara, tetapi sekadar untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa komitmen penuh daripada semua pihak, adalah mustahil bagi kita untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju. Adalah tidak mustahil bagi kita mencapai status tersebut lebih awal sekiranya pembangunan ekonomi negara terus berkembang maju disamping sokongan penuh daripada rakyat sendiri.
Renung-renungkanlah….
No comments yet.
