Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Hati-Hati UMNO…

Pelik kan? Kebelakangan ini aku lihat ramai lah pulak yang nak menyertai perjuangan UMNO. Bukan seorang dua tetapi lebih daripada itu. Apa yang berlaku agaknya. Bukanlah aku ingin persoalkan keikhlasan individu tersebut tetapi memang itu boleh di pertikaikan. Dalam tempoh 24 jam tujuh anggota PKR menyertai UMNO. Mainan politik apa lagi yang berlaku sekarang ni. 40 ahli Umno telah keluar parti pada hari yang sama dengan Saudara Mohd Ezam di laporkan kembali ke pangkal UMNO. Bahagian UMNO mana aku tidak berapa ingat tetapi perkara tersebut telah di laporkan dalam akhbar Sinar Harian pada hari tersebut. Ibaratnya satu masuk 40 keluar. Mungkin mereka terlepas pandang agaknya. Hairan!

Aku berpendapat UMNO hari ini perlu lebih berhati-hati agar tidak dengan begitu mudah menerima keahlian daripada bekas ahli atau pemimpin parti pembangkang yang “melompat” kepada UMNO dan BN. Sejarah telah membuktikan bahawa PKR sangat licik dalam berpolitik terutamanya DS Anwar Ibrahim yang mungkin merencana sesuatu dalam diam. Siapa tahu! Bukanlah aku nak menuduh mana-mana pihak, tetapi berdasarkan situasi politik hari ini pelbagai perkara boleh berlaku dan perkara seumpama ini harus dipandang serius. Janganlah nanti “sudah terhantuk baru nak terngadah”. Tiada siapa nak tolong….

p/s : Politik Malaysia semakin celaru…

May 31, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet

LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Pengumuman Tun Dr. Mahathir untuk keluar daripada UMNO telah memberikan satu tamparan hebat kepada parti Umno itu sendiri. Mana tidaknya, Tun Mahathir adalah merupakan seorang pemimpin terulung dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO.

Hal ini adalah disebabkan ketidakpuashatian Tun terhadap pimpinan UMNO pada hari ini yang dilihat sebagai tidak lagi untuk membela nasib bangsa Melayu tetapi lebih kepada kepentingan peribadi. Pengishtiharaan keluar parti oleh Tun yang berkuat kuasa serta merta itu telah menggoyahkan lagi kedudukan UMNO yang sudah sedia goyah sejak Pilihan Raya Umum yang ke 12 lalu. Apa dah jadi? Adakah selepas ini akan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir untuk melangkah meninggalkan UMNO? Tidak mustahil!

Pada pendapat aku Pak Lah seharusnya memandang serius saranan Dr. M agar beliau terus berundur daripada menjadi pemimpin tertinggi dalam kerajaan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Kenyataan Pak Lah bahawa beliau yakin bahawa tidak akan ada ahli UMNO yang akan berpaling tadah adalah sekadar untuk menyedapkan hati semata-mata. Sedar atau tidak UMNO kini sedang meniti detik-detik cemas yang mampu menggegarkan jiwa pemimpinnya. Sedar atau tidak golongan muda hari ini semakin hilang kepercayaannya terhadap UMNO.

Jika UMNO tidak dipulihkan segera aku tidak hairan jika dalam masa beberapa bulan ini rakyat Malaysia bakal menyaksikan keruntuhan besar-besaran dalam kerajaan dan tidak mustahil bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih teraju kerajaan Persekutuan pada hari ini. Bukanlah niatku untuk menghentam sesiapa, tetapi suasana politik hari ini memungkinkan segalanya dan ahli UMNO harus menerima hakikat bahawa UMNO kini tidak lagi seteguh dahulu.

Sedarlah! Kita tak akan selalunya di atas. Kadang-kadang kita perlu turun jika itu adalah lebih baik daripada jika kita berada di atas. Walau apa pun yang berlaku korang PIKIR LA SENDIRI!!!

p/s : Kalau tak faham gak aku tak tahu la nak cakap apa…..

May 20, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet

Sedarlah Semua!!!

Aku kadang-kadang tu tak faham. Mengapa kita suka untuk menyibuk hal orang lain sedangkan hal kita sendiri pun belum terurus. Bukanlah untuk mengata mana-mana pihak. tapi tumpukan kepada kerja kita. Bila Pakatan Rakyat nak buat kerja mereka, ada suara-suara sinis yang menghalang. Bukanlah menghalang secara fizikal tetapi secara mental.

Aku bagi contoh yang mudahlah untuk di fahami oleh segenap lapisan masyarakat. Kes berhubung dengan slot yang diminta oleh Kerajaan Selangor kepada Selangor f.m. Mungkin kes ini telah lama selesai tapi ada implikasi disebaliknya. Jika kita selusuri satu persatu, kerajaan negeri Selangor hanyalah memohon slot selama 1 jam seminggu untuk membolehkan ahli exconya yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim memberikan gambaran jelas tentang pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan di negeri Selangor. Tanpa wadah daripada media arus perdana, kerajaaan Selangor amat berharap agar dengan adanya slot tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas kepada rakyat. Salah ke tu? Mereka tengah buat kerja la tu bang.

Tapi adalah segelintir pihak yang tidak sabar dengan terus mendesak agar janji Pakatan Rakyat untuk membela kebajikan rakyat di laksanakan (lagi berita). Sekali lagi aku sarankan. Sabarlah bang.. Perubahan sedang dilaksanakan lah tu. Janganlah kita cepat menggelabah. Janji kita sendiri pun masih ada yang belum tertunai. Buatlah kerja masing-masing. Bantu rakyat. Janganlah bantu diri sendiri je…

p/s : Hidup ni kene banyak sabar….

May 3, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet

Alahai… Takut Ke?

Alahai, baru sehari bersidang dah nak hentikan siaran langsung Parlimen (lagi berita). Ini baru sedikit sandiwara di Parlimen. Banyak lagi yang rakyat ingin saksikan kerenah wakil mereka di Parlimen. Baik ke? Lantang ke? Atau sekadar cakap kosong tanpa makna ke?. Mungkin juga ada yang TIDUR ketika sedang bersidang. Semuanya boleh berlaku. Daripada situlah kita akan menilai wakil kita sama ada mereka layak atau tidak untuk mewakili rakyat.

Kalaulah siaran langsung ini di hentikan alangkah ruginya. Siapa peduli? Ini parlimen kita. Apalah yang hendak di malukan. Adakah takut kredibiliti seseorang ahli parlimen itu jatuh? Adakah takut untuk membuktikan kepada rakyat bahawa itulah senario yang sering berlaku semasa sidang Parlimen berjalan? Kalau takut kredibiliti ahli parlimen itu jatuh, bukanlah dengan menghentikan siaran langsung di Parlimen. Ini gaya seorang PENGECUT namanya. Menyembunyikan kebenaran. Ahli-ahli Parlimen inilah yang seharusnya berubah dan lebih bersopan pada persidangan Parlimen.

p/s : Kalau takut terbakar jari jangan bermain api. Kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai.

May 3, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet