RM 1,000,000 : Pembakar Semangat Atau Pemusnah?
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM 1,000,000 kepada pemenang pingat emas di Sukan Olimpik. Pemberian insentif itu adalah sebagai ganjaran kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Beijing, China Ogos ini. Alasannya cukup mudah dan klise; untuk membangkitkan semangat para atlet. Namun setakat manakah cara ini berkesan? Disebalik pemberian insentif ini mungkin akan terdapat beberapa implikasi yang bakal berlaku.
Tidak dinafikan pengumuman intensif itu adalah untuk menaikkan semangat para atlet agar berusaha lebih gigih lagi pada temasya yang terbesar di dunia itu. Pada pendapat aku, pemberian intensif sebanyak RM 1,000,000 ini adalah terlalu tinggi. Persetankan Singapura yang turut mengumumkan intensif S$1 juta kepada atlet mereka!! Jika kita lihat daripada sudut yang berbeza, kerajaan seolah-olah memandang rendah kemampuan atlet kita dengan meletakkan harga yang tinggi jika kejayaan itu mampu digapai. Tidak mampukah atlet kita? Kita lihat disini bahawa kerajaan dengan beraninya mempertaruhkan sejuta ringgit terhadap satu pingat emas yang dimenangi! Apa akan jadi jika kesemua atlet kita memperoleh kejayaan di Olimpik atau lebih tepat lagi menggapai pingat emas? Semakin ramailah jutawan di Malaysia ni.
Keadaan ini bukan sahaja dilihat tidak sihat malah tumpuan atlet juga mungkin boleh terjejas. Mereka kini bukan lagi bersaing untuk mengharumkan nama negara yang tercinta, tetapi berlumba-lumba untuk menjadi jutawan segera jika memenangi pingat emas. Bolehkah kita bersaing jika asyik memikirkan ganjaran yang bakal diterima. Tipu aku kata jika mereka tidak memikirkan tentang ganjaran tersebut. Mana ada orang yang tidak mahu menjadi jutawan.
Bukanlah aku hendak merendah-rendahkan usaha pihak kerajaan ini. Tetapi kita harus lebih realistik. Pada pandangan aku ganjaran RM 1,000,000 ini tidak realistik dan alasan bahawa standard Olimpik memang ada asasnya tetapi kita harus sedar bahawa ganjaran yang terlalu tinggi boleh “membunuh’ dalam senyap. Banyak contoh yang kita dapat lihat. Contoh yang paling mudah adalah kejayaan Mohd Hafiz Hashim dalam kejohanan All England pada tahun 2003 disambut dengan penuh meriah dan pelbagai ganjaran diberi. Tapi apa yang berlaku sekarang? Aku rasa semua orang tahu..
Adalah lebih manis jika atlet kita berjaya menggapai pingat emas dengan semangat juang yang tinggi tanpa didorong dengan wang ringgit kerana maruah negara adalah lebih mahal harganya daripada RM 1,000,000 itu. Pada aku, kerajaan boleh merahsiakan ganjaran yang bakal diterima jika mereka memperoleh kejayaan kelak… Tapi siapa tahu, mungkin itu yang terbaik buat para atlet untuk mengetahui apakah ganjaran yang bakal mereka terima…
p/s: Harap-harap kerajaan tidak menyesal di kemudian hari…
“Tunggu La Kayu!!! Bodoh Betul La Korang Ni!!!”-Rapid KL
Disini ada satu cerita panas aku nak kongsi bersama. Kisah driver yang terlampau “sopan”. Pada hemat aku mungkin semua orang tahu akan kewujudan sebuah syarikat pengankutan awam yang di panggil Rapid KL atau nama panjangnya Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur. Kisahnya di sini adalah tentang seorang atau dengan lebih tepatnya seekor driver yang teramatlah “sopan” budi bahasanya. Gred 9 dalam pelajaran Sivik.
Seperti biasa, aku menaiki bas syarikat terbabit untuk pulang ke rumah setelah hampir setengah jam menanti dengan penuh kesabaran dan ketatasusilaan. Akibat lambat bergerak, maka ramailah umat manusia yang tidak berkenderaan ataupun mungkin yang baru-baru nak belajar naik pengangkutan awam lepas Pak Lah menaikkan harga minyak berada dalam bas tersebut . Pemandunya adalah orang yang aku katakan dapat Gred 9 dalam Sivik tadi. Apabila sampai di salah satu perhentian, beberapa orang penumpang telah sampai ke destinasi ingin turun dan kelihatan ramailah yang menanti dek kelambaban bas tersebut untuk bergerak daripada habnya.
Mungkin dah lumrah manusia agaknya untuk berebut menaiki bas, takut-takut tertinggal setelah basah ketiak menanti di hentian bas. Adalah antara mereka yang cuba untuk menaiki bas daripada pintu belakang. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku kalau driver Gred 9 memandu bas akan memaki dengan lancar dan penuh bangganya kepada insan-insan yang naik melalui pintu belakang ini. Memanglah dilarang untuk menaiki bas daripada pintu belakang, tapi bagi aku tidak perlulah untuk maki-maki. Nampak sangat la yang dia ni tahap bahasanya amat rendah. Aku ingat lagi satu makiannya yang dilemparkan kepada orang yang berada di luar bas,” Tunggu la kayu!!! Bodoh betul la korang ni!!!”. Apalah rasanya orang yang menanti di luar bas tu? Aku tengok muka masing-masing nak bantai je driver tu. Kalau ya pun, gunalah bahasa yang baik sedikit. Hormatlah perasaan orang lain, makcik-makcik yang ada kat luar tu. Siapa yang bodoh sekarang ni? Dialah bodoh!! Bahasa tak de!!
Kalaulah yang dimaki tu pelancong asing atau orang luar. Apa kata mereka? Membawa imej yang buruk kepada negara!! Oleh sebab orang-orang yang seperti driver Gred 9 inilah bangsa kita tidakmaju. Budi bahasa melempar kemana-mana.. Sedarlah, dia tu berkhidmat untuk masyarakat. Kalau dengan masyarakat pun tidak mesra, baik berhenti kerja je. Senang hidup. Orang pun tak sakit hati. Nasib baik lah aku tak pernah kena…
p/s: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana driver seekor, bangkrap satu kompeni..
Krisis Dunia Global; Remaja Semakin Rosak…
Pemimpin kita mungkin terlupa sesuatu. Sibuk dengan kenaikan harga minyak dan perebutan jawatan, sesuatu yang lebih utama telah dilupakan. Mana tidaknya, program-program membentuk sahsiah diri remaja seakan-akan dilupakan. Remaja kita hari ini semakin hanyut dalam dunia mereka tanpa ada tangan yang datang menghulur. Budi bahasa remaja kita semakin hari, semakin membimbangkan. Hal ini bukan baru berlaku malah telah berlaku sejak sekian lama. Sampai ke hari ini aku tidak dapat berdiam diri lagi.
Semalam merupakan puncak tahap kesabaran aku terhadap kurangnya nilai budi bahasa dalam diri remaja yang menyebabkan aku terpanggil untuk menulis entri ini. Alkisahnya begini. Aku menerima satu “misscall” daripada satu nombor yang tidak di kenali. Seperti biasa pada tanggapan aku mungkin ada rakan-rakan yang ingin bergurau ataupun si pemanggil tersebut tersilap mendail. Setelah beberapa ketika aku menerima satu SMS yang bunyinya seperti orang yang marah-marah dan bertanya sama ada aku adalah pelajar di salah sebuah sekolah yang tidak perlulah aku catitkan di sini. Hairan dengan SMS tersebut aku membalas dan mengatakan bahawa beliau tersalah nombor. Pada hematku mungkin insan ini faham tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Satu SMS carutan di hantar kepada aku. Gila! Dah la salah nombor lepas tu maki pulak. Pening. Oleh sebab tidak mahu insan ini terus tersalah faham aku mendail kembali nombor tersebut bagi menjelaskan bahawa dia terslah nombor. Mungkin si pemanggil itu BODOH agaknya, dia tidak faham-faham bahawa dia tersalah nombor dan terus memaki. Inilah dia remaja kita!! Tiada perasaan hormat dan budi bahasa. Tak faham aku!
Aku beranggapan ini bukanlah satu masalah yang kecil. Dengan orang yang tidak dikenali pun bertindak tidak hormat, bagaimana agaknya orang yang di kenali. Sedarlah semua.. Anak-anak remaja inilah yang bakal mencorakkan kepimpinan masa depan. Aku rasa ini bukanlah kali pertama permasalahan remaja diperkatakan. Sudah beribu kali dan beribu contoh permasalahan remaja diutarakan. Ini belum lagi termasuk gejala sosiala yang melanda remaj. Entahlah. Apa lagi yang bakal berlaku hari esok. Kita tidak tahu… Mungkin pada masa akan datang nilai budaya dan budi bahasa itu tidak lagi wujud dalam diri remaja
p/s : Hanya Tuhan Saja Yang Tahu Apa Yang Bakal Berlaku…..
Hadiah Dari Kerajaan…
Sudah hampir seminggu rakyat Malaysia melalui hari-hari yang penuh dengan dugaan. Mana tidaknya, seminggu yang lalu rakyat masih menikmati kadar harga minyak yang lebih rendah daripada hari ini walaupun tidaklah serendah mana.. RM 1.92 bagi petrol dan RM1.58 bagi diesel.Tapi hari ini mimpi indah itu telah berlalu dan rakyat kini berhadapan dengan mimpi ngeri yang telah dinafikan sekeras-kerasnya 3 bulan lalu sewaktu kempen pilihanraya oleh pihak kerajaan. Bukanlah aku bodoh sangat tentang hal ekonomi tidak tahu akan kenaikan harga minyak dunia. Bukanlah aku tidak tahu sumber petroleum di dunia ini semakin berkurang tetapi permintaan terus meningkat yang mengakibatkan kenaikan kadar inflasi dunia. Tapi aku agak kecewa dengan tindakan yang sedrastik ini dengan menaikkan harga minyak sehingga lebih 40%.
Rakyat tidak bersedia bagi menghadapi kenaikan yang amat mendadak ini. Pemberian rebat kepada pemilik kenderaan adalah satu langkah yang mungkin boleh di laksanakan kepada para pemilik kenderaan. Tapi bagaimana dengan nasib rakyat yang tiak berkenderaan? Harga minyak naik bukan melibatkan pemilik kenderaan semata-mata. Tetapi juga telah menyebabkan semua harga barang keperluan naik. Situasi ini amat menekan rakyat dan menjadikan kuasa beli pengguna menurun. Keadaan ini sama sekali tidak baik untuk ekonomi negara! UBAH GAYA HIDUP!! Itulah yang mampu di ucapkan apabila ditanya tentang kesan yang bakal berlaku kepada rakyat. Tak kanlah nak makan mee segera tiap-tiap hari! Mee segera pun dah naik harganya. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan intan, kaca dan batu di lempar.
Nampaknya rakyat kenalah lebih bersabar dengan situasi hari ini. Mungkin ada hikmahnya. Mengata orang tidak menunaikan janji, tetapi janji sendiri pun tidak tertunai. Malah di lupakan terus. Buat-buat lupa dan tiada rasa bersalah kepada rakyat. Sendiri mau ingat la…
p/s: Lepas ni semua kedai basikal kehabisan stok basikal…
