Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Tahniah Buat Malaysia!!!

Perlawanan antara pasukan Malaysia dan Chelsea malam semalam bagi aku cukup menghiburkan walaupun Malaysia tewas. Chelsea yang turun dengan reputasi tinggi selepas menang besar dengan kelab di China hanya berjaya menjaringkan 2 gol. Haha!!!  Nampaknya strategi yang direncana oleh B. Sathianatan sekurang-kurangnya dapat megelakkan kekalahan yang lebih besar. Kesungguhan pemain negara telah ditunjukkan seawal minit kedua apabila membuat percubaan ke pintu gol Chelsea tetapi sedikit tersasar.

Walaupun tewas aku yakin bahawa tahap permainan pemain bola sepak negara sudah sedikit meningkat. Pemain kita lebih berani untuk menyerang cuma cepat kehilangan bola sewaktu menyerang menjadi punca kepada kegagalan pasukan Malaysia yang juga menjadi punca gol pertama Chelsea malam tadi hasil serangan balas yang disempurnakan oleh Nicholas Anelka. Selaku pasukan bukan pilihan dalam perlawanan tersebut aku lihat pemain-pemain Malaysia berjaya untuk mengekang kemaraan penyerang-penyerang Chelsea buat 26 minit yang pertama sehinggalah jaringan oleh Anelka tersebut.

Mungkin penyokong-penyokong Chelsea melihatkan perlawanan ini adalah satu perlawanan yang mudah buat Chelsea tapi sebaliknya yang berlaku apabila pasukan Malaysia berjaya untuk bersaing dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu. Tahniah buat Malaysia.Teruskan kebangkitan anda. Semoga terus maju jaya dan jadikan perlawanan malam semalam sebagai pelajaran yang mungkin boleh digunakan pada masa akan datang. Rakyat Malaysia sentiasa dibelakang anda. Buat FAM perbanyakkan pendedahan antarabangsa buat pasukan kebangsaan. Pendedahan yang cukup sahaja boleh memberi kematangan kepada pasukan Malaysia hari ini.. Walaupun kalah, tahniah buat Malaysia…

p/s : Harap sempat tengok pasukan bola sepak Malaysia bersaing di Piala Dunia.. Bosan dah nak sorak kat team lain…

July 30, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 1 Comment

Kembali Jua Akhirnya….

Haha… Tajuk entri nak jiwang jer.. Akhirnya penantian 2 minggu aku terjawab jua. Penantian ku berbaloi walaupun memakan masa yang agak lama yakni 2 minggu. Lama tu 2 minggu.. Naik berjanggut dah aku tunggu saat ni…

Tapi saat ape tu yer.. Hehe.. Bukan perkara yang besar sangat pun tapi bagi aku cukup besar. Rasa rindu terbalas juga.. Akhirnya phone kesayangan aku kembali ke pangkuan ku setelah merantau selama 2 minggu. (Rujuk entri lepas kalau nak tau ceritanya). Semoga lepas ni phone aku tak perlu merantau lagi…

p/s : Boleh la aku dengar lagu hari-hari….. Hehe.. ^_^

July 29, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

PAS+UMNO=?

Situasi politik sekarang semakin hari semakin celaru. Terbaru cadangan UMNO Perak untuk bergabung dengan PAS dalam membentuk kerajaan negeri dilihat sebagai ketandusan idea oleh parti politik tebesar orang Melayu di negara ini untuk memerintah.(lagi berita)  Pada pandangan aku, tawaran oleh UMNO Perak itu seolah-olah membelakangkan pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Pak Lah. Situasi ini dilihat sebagai menangguk di air yang keruh oleh UMNO Perak untuk kembali berkuasa di negeri tersebut. Dalam hal ini juga, UMNO Perak seolah-olah merendah-rendahkan kredibiliti kerajaan Pakatan di Perak apabila kerajaan Pakatan di Perak hari ini dikatakan tidak stabil dan hanya dengan kehadiran Baruisan Nasional sahaja kerajaan akan menjadi kukuh. Apa kerajaan BN yang memerintah negara pada hari ini kukuh sangatkah?  Tawaran tersebut menyusul setelah Karpal Singh daripada DAP yang mungkin tersalah tafsir pertemuan UMNO-PAS mencadangkan agar mengkaji semula penyertaan  PAS dalam Pakatan Rakyat.

Cadangan untuk membubarkan UMNO dan PAS untuk membentuk sebuah parti baru yang berlandaskan Islam juga aku lihat sebagai mustahil untuk dilaksanakan. Kita lihat sahaja ideologi politik kedua-dua parti itu pun sudah jauh berbeza. Pas yang asasnya memperjuangkan Islam secara total mana mungkin duduk sebumbung dengan UMNO yang dilihat lebih konvensional. Walaupun mungkin ada kesan positifnya, tapi aku tidak menyangkal ada kesan yang lebih buruk jika cadangan ni diteruskan. Rakyat berbilang kaum di negara ini mungkin boleh tersalah faham atau salah tafsir jika penggabungan ini diteruskan juga. Kesalahan fahaman ini boleh menjahanamkan keharmonian negara hari ini.

Dari sudut lain, muqabalah PAS -UMNO ini hanyalah untuk mengheret PAS ke dalam kemelut yang melanda UMNO hari ini. Muqabalah ini hanyalah untuk mengaburkan mata rakyat dan berselindung disebalik nama perpaduan Melayu. Melayu telah lama bersatu. Bersatu dalam PAS dan bersatu dalam UMNO. Hanya ideologi politik mereka sahaja yang berbeza. Pada pandangan aku, perbezaan latar belakang politik bukanlah punca perpecahan Melayu. Yang berpecah hari ini bukan rakyat tetapi pemimpin itu sendiri yang memecahbelahkannya. Kami sebagai rakyat masih boleh duduk semeja makan dan minum berbual mesra walaupun berbeza pandangan politik. Hal ini kerana rakyat tahu undi adalah hak individu. Takkan lah kita sanggup bermusuhan dengan sahabat sendiri hanya kerana perbezaan parti politik… Dalam hal ini siapa yang untung?  Tiada siapa yang untung sebenarnya…

p/s : Kalau tiada perpaduan orang Melayu dah lama tiada di bumi Malaysia ni…

July 29, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet

Malaysia Atau Chelsea?

Malaysia atau Chelsea? Itulah persoalan yang mungkin bermain di fikiran sesetengah penyokong Chelsea di Malaysia sama ada untuk menyokong pasukan kebangsaan atau dengan tanpa segan silunya menyokong Naib Juara Liga Perdana Inggeris  musim  2007-2008 itu yang  tewas kepada  MANCHESTER UNITED  dalam perebutan takhta liga musim lalu. Dilema mungkin. Ditelan mati anak diluah mati bapak. Antara semangat patriotik atau kekal sebagai kipas-susah-mati (Die hard fans) yang amat setia.

Kalau aku, aku lebih rela menyokong pasukan  kebangsaan walaupun keputusannya sudah dijangka. Tapi siapa tahu. Malaysia lebih hebat daripada Chelsea dan setanding dengan MANCHESTER UNITED. Mungkin nampak tidak realistik. Tapi kita harus ingat bola itu bulat. Bukan empat segi, tiga segi mahupun silinder. Dalam dunia ni bola ragbi je bujur. Yang lain semua bulat termasuklah bola sepak ni. Jadi janganlah kita mengalah selagi wisel penamat belum ditiup dan lampu stadium ditutup. Apalah sangat Chelsea tu.. Main bola pun sepak bola gak.. Malaysia main pun sepak  bola  gak.. Mungkin skil dan teknik je berbeza..

Semoga para pemain kebangsaan menunjukkan prestasi bola sepak tertinggi mereka malam esok. Kalah atau menang adat pertandingan yang penting para pemain dapat belajar sesuatu demi meningkatkan kembali maruah pasukan kebangsaan. Suatu ketika dahulu sewaktu era Allahyarham Mokhtar Dahari pasukan Malaysia pernah menewaskan pasukan bola sepak Arsenal.. Jadi tidak mustahil kita boleh mengatasi pasukan Chelsea walaupun mereka dilihat berada satu tahap lebih tinggi daripada pasukan Malaysia. Ayuh rakyat Malaysia berikan sokongan anda kepada pasukan kebangsaan. Jangan tahu sokong pasukan luar je. Pasukan Malaysia perlukan sorakan anda semua…

p/s : Sokong Malaysia dari jauh…. Tiket mahal sangat…

July 28, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 2 Comments

Hina Sangatkah Proton?

Kontroversi terus melanda. Hari ini sekali lagi MB Terengganu secara terbuka terus mempersenda kualiti buatan Proton Perdana V6 Executive dengan menyatakan bahawa kenderaan itu hanya layak untuk digunakan sebagai perjalanan ulang-alik ke lapangan terbang sahaja. (lagi berita) Apa hina sangatkah kereta nasional tu? Keadaan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan imej Proton sebagai salah sebuah badan automotif dan pengeluar kereta nasional di negara ini. Alasan penyelenggaraan yang tinggi itu telah dinafikan oleh Proton malah kos sebenar yang dinyatakan oleh Proton adalah jauh lebih rendah yakni sekitar RM200 untuk servis biasa iaitu meliputi penukaran motor oil dan oil filter. (lagi cerita) Siapa betul?

Kalau ye pun nak kutuk, aku rasa tak perlulah nak komen dekat wartawan dan masuk tv ape semua.. Lets Proton know what happen about the car.. Perkara-perkara seumpama ini bukan sahaja boleh menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kereta nasional malah boleh merugikan lagi Proton.. Penafian beliau bahawa beliau seorang yang tidak patriotik dilihat sebagai sesuatu yang menjengkelkan. Memanglah menggunakan kereta nasional bukanlah tiket kepada sifat patriotik, tapi pemimpin seharusnya menunjukkan contoh kepada rakyat dan mempromosikan kereta nasional kepada negara luar dengan menggunakannya sebagai kenderaan rasmi. Kalau dah kerajaan sendiri pun tidak mempercayai kereta nasional, bagaimana pula negara-negara luar hendak yakin dengan kereta buatan tempatan ini? Pada aku langkah melarang Kerajaan Terengganu menggunakan Mercedes sebagai kenderaan rasmi oleh Kabinet adalah sesuatu yang tepat bagi menjaga kepentingan bersama (lagi berita)

p/s : Kontroversi melanda lagi…..

July 24, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 3 Comments

Alasan Oh Mercedes Ku…

Semakin hari semakin banyak kisah tentang pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor oleh Kerajaan Terengganu. Dan sepanjang tempoh itu juga bermati-matianlah MB Terengganu mempertahankan alasannya atas pembelian tersebut. Alasannya mudah, dek kerna kos penyelenggaraan yang tinggi dan rendahnya kualiti buatan kereta Nasional tersebut. (lagi berita) Aduyai… Kata sehati sejiwa.. Kerajaan Pusat cakap lain, kerajaan Negeri buat lain. Cakap tak serupa bikin! Pak Lah suruh jimat, bukan habiskan duit rakyat..

Penafian tentang penggunaan duit royalti untuk 14 bijik Mercedes ni bukan masalahnya. Rakyat bukan nak tahu tu semua. Yang rakyat nak tahu kenape dalam keadaan rakyat terkapai-kapai dalam kenaikan harga minyak sekarang ni sempat lagi nak tukar pakai Mercedes? Kenapa tak tukar jer Perdana yang baru kalau benarlah kereta yang lama tu selalu rosak sebab banyak sangat digunakan untuk bertemu rakyat dan maintenance nye tinggi? Negeri lain pun pakai V6 gak.. Ok jer.. Pada pandangan aku tiada apa yang perlu dibangkitkan.. Nanti kalau kos maintenance untuk Mercedes tinggi gak tak kan nak tukar Ferrari pulak kot.. Setahu aku, kos penyelenggaraan kereta mewah macam ni lagi tinggi dan penggunaan minyak pun tinggi. Tak tahulah kalau fakta aku ni salah… Maklumlah mereka lebih pandai bab ekonomi ni kan.. Sapalah aku ni kan.. Hurm….

p/s : Ramai lagi rakyat yang miskin kat luar tu…

 

 

 

 

July 23, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 2 Comments

Aku Sudah Hancurkan Hatinya…..

Erm… Kenapa dengan entri aku kali ni yek? Aku pun susah nak jelaskan. Cerita lama diungkit kembali.. Tapi yang jelas aku telah menghancurkan hati seorang insan yang bergelar wanita tanpa aku sedari.. Sudah lebih 3 tahun rupanya. 3 tahun yer bukan 3 hari mahupun 3 bulan!! Selama tempoh itu aku telah menghancurkan hatinya. Siapa sangka dalam diam ada gak orang yang gilakan insan sengal dan senget macam aku ni… Haha… Cam lawak je citer ni kan… Tapi itulah yang berlaku. Aku bukannya pakar dalam bab-bab kasih mengasih nih.. Manalah aku tahu isi hati orang.. Mungkin aku ni bodoh agaknya masa tu. Surat dah di hantar tapi aku tidak pula membalas. Cuma melihat dari jauh dan takut untuk berjumpa walaupun pada waktu itu hati dah tertaut.. Maklumlah pandangan pertama. Sungguhpun begitu, dek kerna pelbagai cerita atau lebih tepat dan padatnya gosip-gosip liar dengan insan ketiga dan keempat tanpa aku ketahui dalam diam ada yang merana… Dan dialah insan tersebut…

Setelah 3 tahun berlalu, aku berhubung kembali dengannya. Macam sebuah kitab lama dibuka kembali.  Tapi kini dia sudah ada insan yang lebih baik daripada ku. Mungkin… Mungkin sudah terlambat untuk memenangi hatinya kembali, tetapi aku belum terlewat untuk memohon kemaafan.. Selagi roh masih d jasad, selagi ada bulan dan matahari, dan selagi ada air dan udara, selagi itulah aku boleh untuk terus memohon kemaafan setelah apa yang telah berlaku 3 tahun yang lalu.. MAAFKAN AKU….

p/s : Melalut keluar jap daripada isu-isu biasa yang aku bincangkan di blog ni..

July 21, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 5 Comments

Alkisahnya Ketam…

Aku ada terbaca satu kisah tentang ketam yang pada aku boleh la untuk dijadikan bahan renungan kepada kita semua. Cerita ini telah ditulis oleh Encik Lawak di website ini www.lawak.net. Kisahnya menceritakan tentang seorang peniaga cina yang menjual ketam. Apabila seorang Melayu ingin membeli ketam tersebut peniaga tersebut telah menanyakan sama ada mahu ketam Melayu atau ketam Cina. Dengan penuh kehairanan pembeli tersebut bertanya tentang perbezaan ketam Melayu dengan ketam Cina. Peniaga tersebut menerangkan bahawa ketam Cina diletakkan di dalam bekas yang bertutup kerana tidak mahu ketam tersebut keluar dan bimbang bahawa ketam-ketam lain akan turut belajar bagaimana untuk melepaskan diri daripada bekas tersebut Hal ini akan menyebabkan banyak ketamnya akan lari. Bercakap tentang ketam Melayu pula peniaga tersebut tidak menutup bekasnya kerana dia tahu apabila seekor ketam Melayu ini hendak terlepas maka akan ditarik jatuh kembali oleh ketam-ketam yang lain. Maka tidak akan ada seekor pun yang akan terlepas daripada bekas itu. Itulah kisahnya antara ketam Cina dan ketam Melayu.

Mungkin ada yang pernah mendengar cerita ini. Walaupun cerita ini hanyalah untuk bahan jenaka semata-mata tetapi mempunyai nilai yang tinggi kerana tindakan ketam ini adalah simbolik kepada apa yang sering berlaku hari ini. Analoginya mudah, ketam-ketam itu diibaratkan sebagai peniaga. Hakikatnya, apabila seorang cina itu berjaya dalam perniagaan maka cina-cina yang lain tidak mengganggunya tetapi turut belajar bagaimana untuk terus memajukan diri. Lain ceritanya dengan kita, kita sangat susah hati apabila melihat kejayaan orang lain dan berusaha untuk menjatuhkannya. Akhirnya siapa yang rugi? Korang pun tahu jawapannya. Walaupun BUKANLAH SEMUA MELAYU yang bersikap sedemikian tetapi senario ini masih wujud. Mengapa? Bangsa Melayu harus lebih berusaha untuk memajukan diri dan tidak hanya dibuai mimpi. Dunia sekarang sudah jauh berbeza. Persaingan merupakan resam dalam kehidupan dan tidak asing lagi. Siapa kalah dalam persaingan akan ditindas. Maka bangkitlah!! Sedarlah!!!

p/s : Jangan sekadar pandai bercakap. Laksanakan apa yang diucap…

July 18, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 2 Comments

Debat: Serangan Peribadi Jadi Agenda?

Apakah agenda kerajaan sebenarnya apabila menerima untuk berdebat tentang isu kenaikan harga minyak dengan Datu Seri Anwar? Adakah benar untuk memberi penjelasan dengan lebih jelas kepada rakyat atau sekadar untuk menyerang peribadi beliau. Pada pandangan aku, matlamat sebenar debat ini di adakan tidak mencapai seratus peratus seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini. Menteri Penerangan kita seolah-olah hilang punca tanpa dapat menyanggah beberapa persoalan dan idea yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar. Sebaliknya, terus mengaitkan kenaikan harga minyak dengan kenaikan harga minyak dunia.

Bagi aku, kalau benarlah kerajaan benar-benar bersedia dalam memperdebatkan isu ini tidak mungkin terjadinya serangan-serangan peribadi. Semua itu membuang masa! Rakyat sudah tahu itu semua. Yang rakyat ingin tahu mengapa kenaikan ini berlaku? Itu sahaja. Tidak perlulah menyerang secara peribadi. Tindakan Datuk Ahmad Shabery Chik dapat dilihat dengan sejelas-jelasnya oleh masyarakat.

Memang benar, menang atau kalah tidak menjadi persoalan dalm perdebatan ini. Yang penting rakyat dapat berfikir tentang sebab kenaikan harga minyak ini. Idea Datuk Seri Anwar itu jika difikirkan kembali mungkin ada benarnya tapi bagaimana untuk melaksanakannya mungkin masih lagi menjadi tanda tanya. Tapi yang pasti aku berpendapat bahawa Datuk Ahmad Shabery Chik dilihat gagal membawa imej kerajaan dengan lebih baik dan Datuk Seri Anwar dilihat berjaya menyampaikan mesejnya walaupun diganggu oleh serangan-serangan peribadi daripada Datuk Ahmad Shabery Chik. 

p/s : Tidak perlulah mendendangkan tujuh hari tujuh malam kerajaan sekarang lebih terbuka berbanding sewaktu Datuk Seri  Anwar Ibrahim menjadi TPM.. Lain pemimpin lain caranya….

July 16, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 2 Comments

Blogger : Penggugat Keamanan?

Aku tertarik dengan satu berita yang disiarkan di Berita Harian hari ini; Waspada Laporan Blog. (lagi berita)  Nampaknya kehadiran blog pada hari ini telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak. Bukan tidak bersetuju tetapi adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa semua blogger itu adalah pembohong dan mengelirukan fakta sebenar walaupun pada hakikatnya perkara itu berlaku. Aku bukanlah untuk mengkritik mana-mana pihak tetapi untuk menyamakan semua penulis blog itu sebagai pemusnah keamanan adalah tidak patut sama sekali. Mereka juga adalah insan biasa yang perlukan keamanan dan kedamaian demi keselesaan hidup. Pada pandangan aku, para penulis blog tidak akan mengorbankan keamanan semata-mata untuk mensensasikan blog mereka menerusi berita-berita yang tidak benar kerana mereka juga tahu akibatnya kepada negara. Berita-berita sensasi itu mungkin ada benarnya. Kita harus ingat kebanyakan penulis blog adalah rakyat yang banyak memerhati tingklah laku pemimpinnya…

p/s: Blog aku bebas penipuan… Hehe… ^_^

July 15, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet