16 September : Keramat Atau Kiamat?
Setelah kemenangan Datuk Seri Anwar pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang lalu aku yakin seluruh rakyat Malaysia akan tertumpu kepada beliau sambil menanti sama ada Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara 16 September ini atau tidak. Adakah tarikh 16 September itu menjadi tarikh Keramat bagi Pakatan Rakyat atau tarikh Kiamat bagi mereka? Risikonya amat besar. Andaikata Pakatan Rakyat gagal untuk menuju ke Putrajaya 16 September ini sudah pasti rakyat akan rasa tertipu dan situasi seumpama ini memberikan gambaran yang amat buruk kepada Pakatan. Boleh ker pengambilalihan kuasa ini berlaku?
Secara teorinya memanglah nampak mudah untuk membentuk kerajaan. Pakatan hanya memerlukan 30 orang Ahli Parlimen BN untuk melompat masuk ke dalam Pakatan. Tetapi apabila difikirkan kembali adakah praktikalnya akan berjaya? Bagaimana untuk membawa masuk sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan? Mungkin itu menjadi persoalan terbesar dalam setiap pemikiran rakyat Malaysia termasukalah aku. Pemimpin kerajaan awal-awal lagi telah menolak kemungkinan akan ada ahli yang melompat masuk kedalam Pakatan. Jangan terlalu yakin. Kemungkinan tetap ada cuma keberangkaliannya sahaja yang kecil. Tapi tidak mustahil bukan.
Kerajaan Barisan Nasional harus bersedia menghadapi kemungkinan dan memperkukuhkan jalinan antara ahli parti komponennya. Kalau ini gagal dilaaksanakan tidak mustahil tarikh 16 September menjadi tarikh ”kiamat” bagi BN. Bagi pihak Pakatan pula mereka harus berusaha agar cita-cita untuk melangkah ke Putrajaya pada 16 September ini terlaksana. Jika tidak 16 September ini juga akan menjadi tarikh ”kiamat” bagim mereka. Inilah bahana 16 September. Merupakan titik hala tuju politik negara…
p/s : Berjaya atau tidak?
Misi “Pecah Badi” Gagal….
Kemenangan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh kelmarin telah memusnahkan harapan BN untuk menakluk dan memecah “badi” di Permatang Pauh sejak sekian lama. Nampaknya mereka perlulah menanti untuk pilihanraya seterusnya sama ada mampu atau tidak untuk memecah badi tersebut. BN yang pada mulanya begitu yakin untuk menawan kembali Permatang Pauh daripada pembangkang ditunjuk jalan keluar apabila calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah tewas dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 8 Mac yang lalu apabila Datuk Seri Anwar menang dengan majoriti sebanyak 15671 undi.
Mungkin tersilap percaturan atau cara kempen yang kurang berkesan menjadi punca kekalahan BN walaupun aku sudah menjangkakan kekalahan ini. Kenyataan-kenyataan bahawa akan berlakunya persaingan sengit di Permatang Pauh seolah-olah tidak menjadi apabila Datuk Seri Anwar menang dengan majoriti yang besar d Permatang Pauh. Nampaknya sekali lagi BN gagal untuk menawan hati pengundi atas pagar di Permatang Pauh untuk mengundi calon mereka (klik sini). Isyarat kedua ini seharusnya memberi petanda kepada kerajaan bahawa mereka harus membaiki setiap kelemahan yang berlaku.
Sekarang bukan masanya untuk BN membuat bedah siasat tapi sekarang adalah masa untuk BN berubah. Bedah siasat atau post mortem sepatutnya telah lama dibuat setelah isyarat yang pertama pada 8 Mac lalu. Bukan sekarang. UMNO yang merupakan tunjang terbesar kepada BN seharusnya membaiki kelemahan parti. Tapi sehingga kini aku lihat belum ada apa-apa perubahan yang berlaku. Penyelewengan masih lagi berlaku. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Ingat tu…
p/s : Jangan sedih sangat sampai berita utama pun tak siar keputusan penuh Pilhan Raya…
Harga Minyak Turun : Sampai Bila?
Mulai hari ini kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak RM0.15 dan RM0.22 bagi RON97 dan RON92. Manakala harga Diesel diturunkan sebanyak RM0.08 kepada RM2.50 (klik sini). Tapi sampai bilakah agaknya penurunan harga ini dapat terus dikekalkan? Terima kasih kepada kerajaan kerana agak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini. Secara teorinya apabila harga minyak naik harga barangan akan turut melambung naik. Alasan yang diberikan oleh peniaga ialah harga terpaksa dinaikkan atas desakan kenaikan harga minyak. Tetapi apabila harga minyak diturunkan ada ke mereka turut menurunkan harga barangan? Apa pandangan anda?
Sebenarnya rakyat masih lagi menghadapi masalah kenaikan harga barangan terutamanya kenaikan harga barangan makanan. Bukanlah menyalahkan 100% kepada peniaga tetapi kerajaan seharusnya memandang serius isu ini agar tidak terus menekan pengguna. Mungkin dengan penurunan harga bagi bahan api ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban walaupun tidaklah sebesar mana. Setidak-tidaknya dapat juga membantu meringankan sedikit tanggungan yang dihadapi oleh rakyat hari ini.
Aku bukanlah terlalu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan, tetapi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak begitu menentu hari ini kita harus bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Penurunan harga minyak dunia ini mungkin bersifat sementara. Kita tidak tahu keadaannya pada masa akan datang. Semoga penurunan harga minyak dunia ini akan terus konsisten dan rakyat akan dapat menikmati faedahnya..
p/s : Jangan mungkir janji lagi…
Ayuh Sokong!!! Hahaha!!!
Nampaknya BN sudah mendapat sokongan daripada 9000 ahli Persatuan Silat Seni Lincah Malaysia. Katanyalah kan (klik sini). Tapi kita tak tahu. Sedangkan pantai pun boleh berubah. Inikan pula hati manusia kan. Hehe… Apalah sangat dengan 9000 tu, bukannya semua yang akan undi BN. Bukan kita undi ikut persatuan, jadi belum tentu semua 9000 yang layak mengundi di Permatang Pauh tu akan undi BN.
Sejarah telah membuktikan. Janganlah mudah lupa. Aku tahulah MELAYU tu mudah lupa… Tapi janganlah kita lupa. Kalau kita masih ingat sewaktu Pilihan Raya yang lepas ramai yang layak untuk mengundi terutamanya di Kelantan diberi tiket bas percuma dan wang saku oleh puak-puak UMNO. Kempen “kelik ngundi” lah kononnya. Tapi semua orang tahu tu semua untuk tarik supaya orang undi BN di Kelantan dan adalah insan-insan yang kononnya menyatakan sokongan kepada UMNO. Tapi apa jadi? BN kalah teruk di Kelantan. Jadi BN janganlah terlalu yakin dengan sokongan-sokongan yang diberikan secara lisan ni.. Yang penting undi pada hari pilihan raya. Bukan setakat kata-kata..
Oleh itu, jangan terlalu yakin. Sesiapa saja boleh menang hatta calon dari AKIM sekalipun. Beri perhatian kepada rakyat. Jangan asyik nak songlap duit rakyat je…
p/s : Selamat bertanding dengan “BERSIH” di Permatang Pauh nanti… Jangan tau main “KOTOR” je..
Anwar vs Arif Shah : Siapa Lagi Layak?
Hehe… Nampaknya BN dah pun menamakan calonnya bagi menentang Anwar di Permatang Pauh iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah ; ADUN kawasan Seberang Jaya.(klik sini) Hurm… aku ingat 16 Ogos nanti baru nak umum. Haha… Apalah agaknya PELUANG orang tua senior dalam UMNO ni untuk menang? Bukanlah nak mengecilkan peluang beliau tetapi apabila melihat kepada senario semasa aku berpendapat peluang untuknya menang adalah 10:90. Dengan keadaan UMNO yang aku lihat dari hari ke hari makin parah kondisinya. Amalan rasuah yang diamalkan sejak dahulu kala semakin menjadi-jadi (klik sini). Pemimpin semakin gila jadinya. Gila kuasa!! Aku tak faham mengapa sebuah parti yang kononnya berjuang demi agama, bangsa, dan negara dilihat semakin terpesong matlamat perjuangannya.
Jika dilihat statistiknya, Arif Shah adalah satu-satunya calon BN yang menang kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, itu pun bukanlah dengan majoriti yang cukup besar. Arif Shah hanya menang dangan majoriti 533 undi sahaja di Seberang Jaya (klik sini). Secara atas kertasnya, Anwar telah pun menang sebahagian undi terutamanya daripada dua lagi kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang kedua-duanya memperoleh majoriti lebih daripada dua ribu undi.
Nampaknya BN perlu lebih berusaha gigih jika ingin menamatkan sumpahan di Permatang Pauh. (klik sini) Mereka perlu menarik lebih daripada empat belas ribu pengundi untuk memadam jumlah majoriti yang dimenangi PKR sebelum ini. Mampu ke mereka? Mungkin mampu kalau ada bantuan-bantuan “kuasa ghaib”. Haha…. Korang pun faham kan maksudnya…
Siapa yang lebih layak antara mantan Timbalan Perdana Menteri atau ADUN Seberang Jaya? Pengundi Permatang Pauh yang tentukan…Segalanya di tangan anda….
p/s : Jangan menangis kalau kalah nanti…..
Khalid Perlu Minta Maaf….
Nampaknya isu hangat tentang cadangan pembukaan 10% kuota kepada bukan Bumiputera di UiTM masih lagi menjadi isu paling sensasi selain daripada Pilihan Raya Kecil yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mana kan tidak, isu tersebut telah membangkitkan kemarahan golongan Bumiputera terutamanya kaum Melayu dalam usaha untuk mengekalkan satu-satunya IPTA yang pelajarnya terdiri daripada kaum bumiputera di negara ini. Malah aku lihat tindakan ini sebagai tidak kena masa dan caranya.
Sebagai seorang Menteri Besar, aku berpendapat bahawa Tan Sri Khalid perlu memohon maaf kepada seluruh penduduk Bumiputera di negara ini dan bukan sahaja kepada orang MELAYU kerana isu seumpama ini telah mengusik jiwa mereka. Tidak bermakna tiada kaum bukan bumiputera di UiTM para pelajarnya tidak boleh bersaing dan maju. Aku sedar kebanyakan pelajar MELAYU terutamanya di UiTM masih lagi ketinggalan. Namun situasi itu sedikit demi sedikit telah berubah dan persepsi bahawa graduan lepasan UiTM tidak berkualiti semakin terhakis walaupun aku tidak menolak kemungkinan masih ada cacat celanya. Bagi aku mana-mana graduan pun turut menghadapi masalah yang sama tidak kiralah graduan lepasan universiti mana pun hatta graduan lepasan universiti luar negara sekalipun.
Isu-isu seumpama ini bukan sahaja sedikit sebanyak mencalarkan imej Pakatan Rakyat tetapi turut memberi ruang kepada musuh-musuh politik untuk terus memainkan isu-isu seperti ini terutamanya UMNO yang dilihat ketandusan idea untuk terus menghentam kerajaan Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya. Kepada Tan Sri Khalid, anda perlu segera memohon maaf agar isu ini tidak terus di panjangkan dan terus di mainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga, Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah… ANDA PERLU MOHON MAAF SEGERA!!
p/s : Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya.. Ini adalah entri yang ke-50 dan blog saya ni telah pun melangkaui lebih daripada 1000 pengunjung. Sokongan dan tunjuk ajar anda amat saya hargai. Terima Kasih semua..-pedangbiru-
Ayuh Keluar Ramai-Ramai….
Apa nak jadi dengan UMNO sekarang ni yek.. Lepas satu-satu pemimpin dalam UMNO keluar daripada parti tersebut. Bermula dengan Dr. Mahathir, kemudian satu-satu ahlinya keluar daripada UMNO. Yang melegakan pemimpin UMNO hari ini beliau tidaklah menyertai mana-mana parti Pembangkang. Semalam seorang lagi ahli UMNO iaitu Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Norasidi Salim keluar daripada UMNO dan meyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama dengan lebih 100 ahli UMNO yang lain. Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah memang UMNO sudah tidak lagi relevan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu? Mungkin jawapannya YA!!
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan yang hebat kepada UMNO seterusnya Barisan Nasional yang kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya kecil Permatang Pauh. Rasuah politik yang melanda UMNO menjadi punca utama beliau dan rakan-rakan yang lain menyertai PKR.
Nampaknya UMNO perlu membanteras semua amalan rasuah politik yang semakin berleluasa pada hari ini. Di sini jelas kita lihat betapa lemahnya kepimpinan UMNO dalam menangani politik wang ini. Sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang terlalu gilakan jawatan dalam parti sehingga sanggup menggadaikan maruah parti dengan amalan-amalan yang tidak beretika. Jika mahu terus relevan di mata rakyat, kepimpinan UMNO perlu segera bertindak bagi membanteras gejala politik wang yang tanpa segan silu dilakukan oleh pemimpin UMNO. Sedarlah, kewujudan anda adalah untuk berkhidmat untuk rakyat. Bukan menghapuskan kepercayaan rakyat kepada anda…
p/s : Jangan asyik fikir nak penuhkan poket sendiri jer…
Jangan Cepat Melatah Wahai Bangsaku…
Huh nampaknya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM tidak berdiam diri berhubung dengan cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka peluang kepada bukan Melayu untuk menuntut di UiTM. Pagi tadi satu perarakan menuju ke pejabat Menteri Besar telah dilakukan untuk menyampaikan bantahan kepada Tan Sri Khalid. Baguslah tu untuk membela nasib bangsa yang kini dilihat semakin ketinggalan daripada pelbagai segi. Tapi aku tidak berkenan dengan cara penyampaian bantahan tu..
Manakan tidaknya, segerombolan pelajar UiTM telah menanti di hadapan pejabat Menteri Besar untuk berarak sambil menyampaikan rasa tidak puas hati mereka. Yang paling aku tak tahan apabila lagu “Wawasan Setia Pelajar” yakni salah satu lagu rasmi UiTM turut dinyanyikan. Pebenda tu? Aku rasa tak perlu lah sampai nak menyanyi kot.. Adalah lebih baik jika bantahan tersebut disampaikan secara bersemuka dan profesional. Bukanlah aku tidak menyokong tindakan mereka untuk menyampaikan bantahan. Aku juga membantah, tetapi perlulah dengan cara yang lebih berdisiplin dan beretika. Cara penyampaian bantahan tu pun dah menunjukkan ketidakmatangan kita. Seolah-olah pelajar UiTM ini suka memberontak. Dah jadi budaya rakyat Malaysia hari ini agaknya untuk bertindak dengan cara yang kurang rasional.
Janganlah kita cepat melatah. Bukan aku tidak sayang akan bangsaku ini, tetapi tindakan kita haruslah lebih profesional. Kematangan dalam bertindak adalah sesuatu yang amat penting. Barulah bangsa kita dihormati. Aku lihat hari ini kita cepat melatah apabila isu-isu sensitif disentuh. Bersemuka secara tertutup adalah lebih berkesan dalam menangani hal-hal yang berbangkit ini. Aku tidak mahu lagi lihat bangsa Melayu terus bertindak mengikut perasaan. Kaji diri sendiri. Jangan cepat menyalahkan orang lain..
p/s : Kekalkanlah UiTM sebagai sebuah universiti untuk Bumiputera..
Haha… Lawak Betul La Citer Ni… Apa-Apalah…
Hehe… Naik geli la pulak tengkuk aku ni baca kenyataan Shahrizat bahawa tindakan Anuar untuk merebut kerusi Permatang Pauh sebagai takbur (lihat sini). Takbur? Aku tak faham la pulak apa yang takburnya. Haha… Apalah.. Mereka ni dah tak de idea agaknya. Statement seme main tibai jer. Janji ada statement. Penat dah aku dengar. Ni satu lagi statement yang aku tak tahan. Haha… “Kami Wanita Umno menganggap ia sebagai jihad untuk menentukan tidak ada mana-mana individu diberi peluang menghancurkan kestabilan dan kemajuan negara”. Apa-apalah. Jihad tapi jambul keluar. Ops… Sori… Haha.. Yang penting korang puas hatikan dapat kutuk sikit-sikit. Ntah pape ntah.
Ada satu lagi statement yang tak menahan ” Wanita BN tidak akan berkempen menggunakan tipu helah atau menabur janji kosong kepada rakyat, sebaliknya menjayakan kempen secara berhemah tinggi. Haha.. Maknanya, dulu adalah tipu helah, janji kosong dan tak berhemah. Hurm… Ada ke tak yek? Kalo tanye adik aku pun dia cakap ada… Haha.. Pape pun selamat maju jaya kepada dua-dua calon parti walaupun BN tak letak pun lagi calonnya. Bak kata Mahathir la, BN tiada calon yang baik untuk diletakkan sebagai calon. Tu yang tengah pening ni.. Kepada BN selamat berahsia tentang strategi kempen anda.. (klik sini) Hehe…
p/s : Usaha sungguh-sungguh kalau nak menang.. ( Ucapan Ini Ditujukan Khas Kepada Dua-Dua Parti Yang Bertanding.. Kalau Ada Calon Bebas, Termasuk sekali la… ) (^_^)…
UiTM Untuk Bukan Melayu : Wajar Atau Tidak?
Adakah kewajaran untuk membuka peluang 10% kepada bukan bumiputera untuk menuntut di Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM)? Cadangan untuk membuka peluang kepada bukan bumiputera menuntut di UiTM telah dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan alasan bahawa kemasukan 10% bukan bumiputera itu akan menjadikan UiTM lebih berdaya saing dan mempertingkatkan kualiti pendidikan di UiTM (Lagi berita). Benarkah begitu? Tidakkah cadangan ini akan bertentangan dengan objektif penubuhan UiTM yang dahulunya di kenali sebagai Dewan Latehan RIDA iaitu untuk melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing? Pada aku, cadangan ini mempunyai pro dan kontranya..
Apakah pro dan kontranya? Pada pandangan aku, para pelajar UiTM yang terdiri daripada golongan Bumiputera pada hari ini dilihat begitu selesa dan terlalu mengharapkan bantuan yang diberikan. Budaya terlalu mengharap ini bukan sahaja tidak baik malah boleh menyebabkan mereka kurang berusaha untuk berjaya. Bukanlah SEMUANYA yang bersikap demikian tetapi sebahagian daripadanya aku lihat bersikap sedemikian. Jauh berbeza dengan rakan-rakan di IPT-IPT Awam yang lain yang terpaksa bersaing dengan bukan bumiputera ini. Bukanlah menidakkan keupayaan pelajar Bumiputera, tetapi corak pembelajaran yang berbeza antara bumiputera dan bukan bumiputera menyebabkan kebanyakan pelajar Bumiputera terutamanya pelajar-pelajar MELAYU ketinggalan. Aku dapat merasakannya dan itulah hakikatnya. Yang mereka tahu hanyalah bergembira dan bersukaria. Mungkin. Mungkin dengan kehadiran bukan bumiputera dalam UiTM dapat memberi satu nafas baru kepada pelajarnya untuk bersaing dengan lebih sihat dan tidak hanya bersaing sesama bangsa. Hakikatnya selepas keluar daripada universiti nanti para pelajar terpaksa juga menghadapi saingan daripada kaum-kaum lain terutamanya dalam sektor pekerjaan.
Itu pronya. Kontranya pula, tempat untuk kaum bumiputera di IPT akan semakin berkurangan. Sudahlah hendak ke IPT-IPT Awam yang lain pun agak sukar zaman sekarang ni, ditambah pula tempat yang sepatutnya boleh diisi oleh kaum bumiputera di UiTM diambil oleh kaum bukan bumiputera. Kemana mereka hendak pergi? Mungkin kerajaan harus menganbil kira pelbagai aspek jika ingin melaksanakan cadangan ini. Cadangan kemasuan 10% bukan bumiputera kedalam UiTM mempunyai pro dan kontranya. Pada aku, biarlah UiTM dikekalkan 100% bumiputera. Selama ini pun aku lihat para graduan lepasan UiTM berjaya membawa diri mereka setelah keluar dan tiada sebab untuk membawa masuk bukan bumiputera kedalam UiTM. Cukuplah dengan tenaga pengajar yang bukan bumiputera untuk mendidik anak bangsa kitam agar terus maju dan berdaya saing. Mungkin niat Tan Sri Khalid itu baik tetapi caranya yang tidak kena.. Kepada Muhammad Taib janganlah isu seumpama ini cuba di politikkan (Kenyataan Muhammad Taib)
p/s : Kenapa baju batik UiTM tak lawa?
