Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Melayu Pemalu?

Benarkah masyarakat Melayu kita pemalu sifatnya? Benarkah Melayu kita sopan gaya lakunya? Betul ke kedua-dua fakta ni? Aku pun kadang-kadang tu keliru. Betul ke apa yang aku dengar apabila setiap kali aku menghadiri ceramah-ceramah yang berkaitan dengan jati diri dan pembangunan minda ni? Hurm.. Entahlah. Mungkin ada separuh daripadanya betul. Tetapi yang lainnya adalah PALSU semata-mata. Sekadar untuk menyedapkan ceramah je.

Memang benar Melayu tu pemalu sifatnya. Malu untuk bertanya jika ada kekeliruan. Malu untuk mebetulkan kesilapan yang terang-terang dilakukan. Malu untuk menyatakan kelemahan diri. Malu untuk menegakkan kebenaran. Malu untuk maju ke hadapan. Dan pelbagai contoh lagi yang menyebabkan Melayu kita malu.

Tapi bukanlah semuanya orang kita malukan. Ada juga perkara-perkara yang ramai orang Melayu tiada rasa MALU. Melayu kita terutamanya remaja kita tak malu untuk berkepit siang malam dengan pasanagn masing-masing. Melayu kita tak malu untuk merempit sampai ke Subuh. Malah berasa bangga lagi. Melayu kita tak malu merakam aksi seks mereka guna handphone. Melayu kita tak malu  terkinja-kinja tengah orang ramai sewaktu konsert. Melayu kita tak malu ambil rasuah. Melayu kita tak malu sumbang mahram. Melayu kita tak malu kahwin lari. Melayu kita tak malu mencuri duit mak bapak. Melayu kita tak malu main nombor ekor

Apa semua ni? Aku semakin kecewa dengan senario hari ini yang melibatkan bangsa aku yang tercinta. Aku bukanlah pejuang bangsa. Tetapi setidak-tidaknya aku masih punyai rasa sayang dan sedih apabila perkara seumpama ini berlaku. Bukanlah semua Melayu begitu. Aku amat berbangga dengan bangsa Melayu yang berjaya di luar sana. Tapi berapa sangatlah bilangannya jika nak dibandingkan dengan Melayu-Melayu yang seumpama ini.

Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah bangsa dan agama, tapi itulah hakikat yang harus diterima. Sekadar peringatan untuk semua termasuklah juga diriku yang lemah ini. Apalah yang mampu di buat oleh insan-insan seperti aku ini. Seharusnya pemimpin-pemimpin terutamanya pemimpin Melayu berusaha untuk membawa dimensi baru kepada bangsa Melayu yang aku lihat semakin hanyut dalam dunia mereka sendiri. Pembangunan lahiriah seharusnya diterapkan dan bukan pembangunan zahiriah semata-mata.

p/s : Sedarlah semua. Hidup ni tak panjang….

September 4, 2008 - Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 5 Comments

5 Comments »

  1. ni yg aku cuba maksudkan dlm blog aku..
    tp nmpk nye blum ramai yg nmpk tentang perkara mcm ni…

    pedangbiru : Bukannya tak nampak. Tapi buat-buat tak nampak… Sengaja membutakan hati…

    Comment by aremierulez | September 5, 2008 | Reply

  2. bgs la klu ade blogger2 cam awk nie.. x penah penat untuk memberi nasihat..

    pedagbiru : Hidup kita ni tak lama.. Kena lah saling beringat… Papepun thanks…

    Comment by dakchomey | September 5, 2008 | Reply

  3. Apa yang nak malunya..

    Saya pun pemalu jugak ;-)

    http://teampemudaumno.blogspot.com

    pedangbiru : Malu dengan golongan muda MELAYU yang mengabaikan maruah mereka… Malu dengan kepimpinan Melayu yang lemah.. Malu dengan penyalahgunaankuasa pemerintah…

    Comment by faizal bin zakaria | September 8, 2008 | Reply

  4. mungkin tapi yang pemalas je

    Comment by malaysia vacations | April 6, 2009 | Reply

  5. kerana malu lah kita akan ketinggalan

    Comment by exhibits fabrication | April 7, 2009 | Reply


Leave a comment