Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

16 September : Ayuh Serang Ramai-Ramai…

Selamat Hari Malaysia kepada semua. Kini serangan balas semakin giat di jalankan atas kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya seperti  yang dicanangkan akan berlaku pada hari ini (16 September 2008). Kalau lima bulan lalu tidak ramai pemimpin kerajaan yang bersuara menafikan pembentukan kerajaan baru itu tapi hari ini ramai pula yang memberikan pendapat. Kononnya mereka sudah menjangkakan perkara seumpama ini berlaku. Kenapa tidak dari dulu lagi menafikannya. Balik-balik Pak Lah juga yang kena jawab.

Permainan media semakin giat digunakan oleh barisan kerajaan bagi menjatuhkan kredibiliti Pakatan. Walaupun permainan media ini telah bermula semenjak selepas PRU-12 yang lalu lagi tapi hari ini media digunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Jika ada perkara baik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan di sebut pun tidak dalam media. Jika adapun mungkin di putar belitkan sedikit bagi menampakkan juga kepincangannya. Tapi jika perkara yang kurang baik berlaku, 3 hari 3 malam dicanangkan di media. Adil sungguh media di Malaysia ni ye..

Aku yakin bermula hari ini kerajaan akan menggunakan sepenuhnya media terutamanya media-media kerajaan untuk menyampaikan propaganda mereka dalam menampakkan kepada rakyat betapa ”jahatnya” Pakatan walaupun pada dasarnya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Takut sangatkah media untuk melaporkan kebenaran? Yang baik tetap baik, yang buruk tetap buruk.

Hari ini (16 September 2008) mungkin menjadi tarikh keramat bagi BN kerana dapat mengekang kemaraan Pakatan ke Putrajaya. Tapi sampai bilakah kemaraan ini dapat disekat? Mungkin sehingga PRU-13 yang akan datang. Atau mungkin lebih awal daripada itu. Siapa tahu? Politik hari ini tidak menentu dan 1001 kemungkinan boleh berlaku.

Pokok pangkalnya, kerajaan Pakatan yang memerintah di 5 negeri setelah tamat PRU-12 lalu dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Sehingga hari ini aku berpuas hati dengan pelbagai program yang direncanakan di Selangor. Selaku penduduk di Selangor aku gembira kerana berpeluang untuk bertemu dengan wakil rakyat dan ahli exconya. Kalau di Pahang, aduyai… Susah gak aku nak jumpa dengan wakil rakyat dan exco negeri tu.. Hurm..

Apa-apa pun yang berlaku, teruskanlah untuk menyerang kerajaan Pakatan. Perkara seumpama ini akan menimbulkan kejelikan di mata rakyat yang mendengarnya seterusnya membawa kepada kemusnahan diri sendiri oleh kerajaan BN. Fikirlah sebelum bertindak. Rakyat sudah tahu menilai. Jangan perbodohkan rakyat lagi. Aku rasa ada sampai raya nanti agaknya cerita 16 September ini akan didendangkan di tv.. Tengok sajalah..

p/s : Kepada penduduk Shah Alam, Adun Kota Anggerik YB Yaakop Sapari ada membuat majlis berbuka puasa dan terawih di kediamannya pada 17 Sept 2008. Sesiapa yang ada kelapangan boleh la datang..

September 16, 2008 - Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 4 Comments

4 Comments »

  1. bn x boleh yakin sgt..
    kalau mereka tu nk lompat parti, bila2 masa pun boleh,….
    jgn diaorg wat masa 1 syawal lak…
    x raya pak lah..

    Comment by aremierulez | September 17, 2008 | Reply

  2. salam saudara, ada bibit kecewa nampaknya.
    xpe le, terus le berharap. tapi saya pasti 16 Sept yg diidamkan akan jadi mimpi ngeri yg tak sudah PR…

    Comment by rooslizal | September 17, 2008 | Reply

  3. Aremierulez:
    Hehe.. Raya tetap raya…

    rooslizal:
    X de la kecewa sangat.. Hehe.. Anwar lagi kecewa kot..

    Comment by pedangbiru | September 17, 2008 | Reply

  4. iye ke wakil rakyat selangor senang ko nak jumpe?? orang kat klang yg kene ribut tu pun dia tak pegi. ko bia btol bro..

    pedangbiru : Memang senang pun. Aku pegi surau ke masjid ke selalu je jumpa diorang.. Kalau tak pergi memang la tak jumpa.. Jangan lah tertipu dengan laporan media kerajaan kata wakil rakyat tak datang melawat. Yang tak datang pun MB je. Itupun dia tau yang wakil rakyat nye ada untuk datang tolong. Kalau setakat datang tengok jer tak guna kalau bantuan tak sampai..

    Comment by najib | September 21, 2008 | Reply


Leave a comment