Tender UMNO Bukan Penghinaan…
Aku tertarik untuk membincangkan tentang kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya jawatan tertinggi UMNO dibuat secara tender. Kata-kata sinis ini merujuk kepada politik wang yang semakin meruncing dalam sesi pemilihan UMNO sejak dulu lagi. Dan pada hari ini masalah politik wang yang berlaku semakin meruncing dari hari ke hari.
Pada aku ini bukanlah satu pennghinaan tetapi satu peringatan kepada perwakilan UMNO agar tidak menjadikan wang sebagai pendorong untuk memilih pemimpin. Perkataan “Tender” itu adalah sebagai lambang kepada politik wang yang berlaku. Perwakilan hanya akan memilih calon yang mana yang menawarkan wang yang lagi banyak. Jika calon tersebut mempunyai wang yang banyak maka akan dapatlah pencalonan daripada perwakilan. Hal ini samalah dengan tender yang mana bagi individu-individu yang mempunyai lebih banyak wang akan memenangi tender tersebut.
Bagi individu-individu yang merasakan ungkapan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim ini sebagai satu penghinaan kepada UMNO mungkinlah agaknya pernah mempraktikkan ”politik wang” ni. Hehe… Manalah kita tahu kan. Kalo cakap nama kang fitnah la pulak. Baik aku bunuh orang kan daripada buat fitnah.. (baca sini)
Kepada insan-insan yang terasa dengan kenyataan ini muhasabah la diri. Jangan terpedaya dengan politik wang untuk memenangi undi perwakilan. UMNO selaku tunjang kepada BN yang masih lagi memerintah negara perlulah membebaskan diri dengan rasuah ini. Jika tidak negara akan berada dalam keadaan yang bahaya dek kerna ”hantu-hantu” yang sangat suka menggunakan wang ini sebagai batu loncatan untuk mendapat tempat dalam kerajaan.
Kalau dulu sewaktu mula Pak Lah naik menjadi Perdana Menteri katanya ingin memerangi politik wang dan menjadikan kerajaan bersih daripada rasuah nampaknya cita-cita itu hanya tinggal kenangan. Sehingga hari ini politik wang dan rasuah masih lagi berleluasa dalam kerajaan. Manalah perginya cita-cita itu agaknya?
Kepada Datuk Seri Dr. Rais adalah dinasihatkan untuk meninngalkan UMNO yang aku lihat semakin nazak dek politik wang dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan. Jika benar beliau ingin memperjuangkan sistem pemerintahan yang bersih aku berpendapat sampai matilah cita-cita murni itu tidak akan terlaksana jIka terus menerus untuk berada bersama UMNO. Mungkin Pas lebih baik untuk beliau. (lihat sini)
p/s : Apa kata Mahathir kalau Rais masuk PAS?
Satu Malam Di Kelab Shah Alam….
Penat tapi meriah. Itulah yang boleh aku katakan tentang Majlis Makan Malam Pra-Graduasi bagi pelajar Fakulti Perakaunan sesi Disember 2006 yang diadakan di Kelab Shah Alam semalam. Al-maklum la kan, semuanya nak bergaya sakan dengan baju baru yang rata-rata aku baru pertama kali lihat mereka pakai. Bau kedai lagi. Haha….
Disini ingin aku selitkan beberapa gambar aku yang diambil sewaktu majlis berlangsung. Sorilah kualiti kamera handset tidak berapa memuaskan… Jadi gambar-gambar ni ada yang tak berapa nak clear. Ini adalah gambar yang aku ingin tunjukkan disini…
- Teman Serumah
- Bersama Imran
- Bersama Dua Sahabat Lama..
- Rakan-Rakan Seperjuangan
- Ampun Tuanku..
- Lobi di Kelab Shah Alam
- Di meja makan
- Bersama rakan-rakan
- Pre-Graduation Night
- Kesibukan Yang Tak Pernah Sudah
- Penggambaran Terbuka..
- Bergambar Hingga Lupa Dunia
Kami Mahu Semua Turun!!!
Harga minyak dah turun. Pak Lah pun dah nak turun. Terima kasihlah kepada kerajaan sebab turunkan harga minyak walaupun tidak seberapa tapi aku tetap bersyukur. Nanti kalau cakap banyak sangat kang kufur nikmat plak. Hehe…
Tapi masih ada benda yang aku nak tengok turun.. Aku nak tengok Kerajaan BN plak turun dari tampuk pemerintahan negara. Cukuplah setelah memerintah selama 50 tahun di Malaysia ni. Aku nak merasai angin baru pula. Bila masanya aku tak kisah yang penting aku dapat tengok “PENURUNAN” tu sebelum aku mati.. Semoga aku di panjangkan umur untuk menyaksikan detik yang paling bersejarah ni. Hehe… Sama-sama lah kita nantikan saat dan ketikanya. Sama ada pada pilihan raya yang akan datang atau lebih cepat lagi…
Kepada barisan kerajaan bersedialah dalam menghadapi angin baru perubahan yang bakal di bawa ini. Jangan terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang menjauhkan diri anda dengan rakyat. Selagi masih ada kesempatan ni cepat-cepatlah anda semua penuhkan poket. Nanti dah tak jadi kerajaan susah nak dapat ”duit poket” Haha…. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada Pakatan dalam membawa agenda rakyat ke Parlimen. Kepada Barisan Nasional juga selamat maju jaya dalam menjawab pelbagai isu-isu yang berbangkit…
p/s : Menghitung hari yang penuh sejarah…
Boikot Atau Takut?
Aku tertanya-tanya mengapa ada segelintir ahli Parlimen BN tidak berada di dalam Dewan sewaktu perbahasan Bajet 2009 dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Malah ada yang di lihat mundar-mandir di perkarangan lobi Parlimen dan ada juga yang berada di kafe sewaktu perbahasan di jalankan. (lagi berita) Malah Datuk Seri Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan juga turut tidak berada di dewan sewaktu perbahasan sedang di jalankan. Mana kredibiliti ahli Parlimen BN yang kononnya mampu membela nasib rakyat?
Seharusnya tindakan memboikot sidang Dewan apabila perbahasan yang aku kira begitu penting kepada negara dan rakyat tidak sepatutnya berlaku. Atau mungkin mereka bukanlah memboikot seperti yang digambarkan oleh media tetapi mereka TAKUT; Takut untuk menerima kenyataan dan permasalahan yang berlaku. Takut untuk berhadapan dengan ketirisan yang berlaku. Mereka seharusnya lebih matang dan berani untuk lebih banyak untuk membuat celahan sewaktu perbahasan di jalankan bagi mempertahankan Bajet 2009 yang dibuat oleh mereka sendiri. Bukan dengan keluar daripada Dewan dan mundar-mandir di perkarangan lobi Parlimen walaupun itu bukanlah satu kesalahan tetapi sikap yang yang di tunjukkan adalah tidak baik sekali.
Ahli-ahli Parlimen BN seharusnya turut berada bersama-sama bagi mendengar perbahasan yang di bentangkan tentang Bajet 2009 agar mereka dapat tahu ketirisan yang berlaku dan berusaha untuk membetulkannya. Sikap-sikap seumpama inilah yang kurang di sukai oleh rakyat. Apabila diberi mandat mereka khianat apabila tidak menghadiri sidang tanpa sebab-musabab yang munasabah. Yelah adakah munasabah kalau Pakatan membentangkan bahas di dalam Dewan tetapi mereka mundar-mandir di luar Dewan.
Bukanlah untuk menghentam ahli Parlimen kerajaan, tetapi mereka sepatutnya tahu tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen dan tidak mengabaikan tangungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Semoga insiden seumpama ini tidak terus berlaku dan sesi perbahasan dapat dijalankan dan Pakatan berjaya membawa mesej yang sempurna untuk disampaikan kepada barisan pihak kerajaan…
p/s : Kalau malas nak dengar perbahasan kat Parlimen baik tak payah jadi ahli Parlimen….
Sibuk Yang Amat Menyibukkan….
Huhu… Dah berkurun aku tak menulis kat blog ni.. Kalau blog aku ni sejenis roti sudah tentu dah lama berkulat. Tapi nasib baik la bukan roti mahupun makanan-makanan ruji yang lain.. Apa-apa hal aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua walaupun hari ni dah masuk sepuluh Syawal pun… Hehe… Sori la rakan-rakan…. Macam tajuk entri aku la.. Sibuk yang amat menyibukkan… Sebab tu la lambat sket nak update entri terbaru kat blog ni…
Ok lah rakan-rakan…. Semoga semua sentiasa gembira dan ceria selalu dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan pendustaan hari ini.. Semoga kita tidak terjatuh ke lembah kegelapan itu… Berbahagia dan beramallah selagi umur masih ada.. Semoga aku di panjangkan umur untuk menulis entri yang seterusnya… Wassalam…
p/s : Menanti hari yang penuh kebahagiaan….












