Rafidah Vs Shahrizat.. Dan Pemenangnya ialah……
Berita yang sudah dijangkakan. Shahrizat akan menentang Rafidah dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang. Hehe.. Nampaknya makin kelam-kabut permasalahn UMNO sekarang ni. Pelan peralihhan kuasa yang dirancang Rafidah dilanggar dan tidak dituruti oleh bahagian akar umbi termasuklah Shahrizat sendiri apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa akan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac depan.
Untuk rekod, Shahrizat telah pun mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan tertinggi Wanita UMNO itu. Almaklumlahkan, sudah menjadi lumrah manusia agaknya untuk mendapatkan jawatan.Mana mungkin Shahrizat menolak untuk bertanding sedangkan banyak bahagian yang mencalonkannya untuk merebut jawatan Ketua Wanita itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan. Mungkin itu lah agaknya yang difikirkan oleh Shahrizat. Alang-alang dah dapat sokongan perwakilan baik terus mencabar jawatan tersebut.
Melihat kepada senario semasa, Shahrizat mungkin boleh memenangi dalam perebutan jawatan tersebut walaupun jumlah pencalonan yang diterimanya lebih rendah berbanding pencalonan yang diterima Rafidah. Nampaknya sayap kanan UMNO itu dilihat semakin berpecah. Kata-kata bahawa tiada perpecahan akan berlaku walaupun ada pertandinngan dalam jawatan tersebut adalah sekadar untuk mententeramkan jiwa sendiri. Pelan peralihan kuasa yang dirancang gagal. Itu belum lagi ditambah dengan mesyuarat peringkat bahagian yang kebanyakannya timbul pelbagai masalah.
Apa dah jadi sekarang? Permuafakatan yang dicanangkan nampaknya sukar dilaksanakan. Perpaduan UMNO semakin terjejas. Walaupun perpecahan itu cuba dilindung tetapi secara logik akalnya memang sudah pun berlaku. Pelbagai reaksi telah diberikan terhadap keputusan Shahrizat untuk merebut jawatan tertinggi Wanita UMNO itu. Ada yang mengecam dan ada juga yang menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. (lihat sini) Situasi seumpama ini telah dengan jelas menunjukkan percanggahan pendapat walaupun pada asalnya mereka menyokong pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah. Mungkin mereka terpaksa menyokong agaknya sebab itulah situasi seperti ini berlaku. Hanya mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya..
p/s : Kita lihat siapa yang kena…

rafidah tu ada agenda lain tu…
dia teringin nak jadi menteri balik…
tak baik u main tuduh2 dia mcm tu..
U fikirlah maksud tersiratnya
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com