Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

Perpindahan Berlaku.. Huhu..

Just nak inform kepada pembaca2 blog ini.. Aku telah berpindah ke platform baru untuk meningkatkan kembali semangat aku untuk menulis blog setelah sekian lama tidak menulis.

Korang boleh layari blog baru aku di akureformasi.blogspot.com

Terima Kasih kepada rakan2 yang banyak menyokong aku.. Huhu…

April 3, 2009 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Akhirnya….

Huh.. Dah lama aku tak menulis kat sini. Almaklum la kan, sibuk dengan final exam yang baru hari ni habis. Sori lah rakan-rakan kerana lama sangat tak menulis pape kat sini. Hehe… Macam la ramai sangat baca blog picisan aku ni kan. Huhu.. Pape pun terima kasih kepada semua yang sudi melayari laman blog aku ni..

Aku amat menghargai sokongan kalian. Terima kasih sekali lagi… ^_^

p/s : Bestnye dah habis exam untuk Diploma ni…

November 15, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Satu Malam Di Kelab Shah Alam….

Penat tapi meriah. Itulah yang boleh aku katakan tentang Majlis Makan Malam Pra-Graduasi bagi pelajar Fakulti Perakaunan sesi Disember 2006 yang diadakan di Kelab Shah Alam semalam. Al-maklum la kan, semuanya nak bergaya sakan dengan baju baru yang rata-rata aku baru pertama kali lihat mereka pakai. Bau kedai lagi. Haha….

Disini ingin aku selitkan beberapa gambar aku yang diambil sewaktu majlis berlangsung. Sorilah kualiti kamera handset tidak berapa memuaskan… Jadi gambar-gambar ni ada yang tak berapa nak clear.  Ini adalah gambar yang aku ingin tunjukkan disini… 

October 17, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Sibuk Yang Amat Menyibukkan….

Huhu… Dah berkurun aku tak menulis kat blog ni.. Kalau blog aku ni sejenis roti sudah tentu dah lama berkulat. Tapi nasib baik la bukan roti mahupun makanan-makanan ruji yang lain.. Apa-apa hal aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua walaupun hari ni dah masuk sepuluh Syawal pun… Hehe… Sori la rakan-rakan…. Macam tajuk entri aku la.. Sibuk yang amat menyibukkan… Sebab tu la lambat sket nak update entri terbaru kat blog ni…

Ok lah rakan-rakan…. Semoga semua sentiasa gembira dan ceria selalu dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan pendustaan hari ini.. Semoga kita tidak terjatuh ke lembah kegelapan itu… Berbahagia dan beramallah selagi umur masih ada.. Semoga aku di panjangkan umur untuk menulis entri yang seterusnya… Wassalam…

p/s : Menanti hari yang penuh kebahagiaan….

October 10, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 2 Comments

Hujung Minggu @ Kampung Halaman….

Haha… Minggu lepas aku pulang ke kampung kerana  sepupu aku nak bertunang. Huh… Dia yang bertunang aku gak yang kena datang. Yela, kalau aku tak datang sapa lagi nak datang tolong buat kerja-kerja rumah ni.. Huhu… Siapa tahu aku tahu buat gubahan untuk duit hantaran.. Ni la duit hantaran yang aku buat tu.. 

 Hehe.. ok tak? Nanti sape-sape nak tempah boleh lah contact aku…

 

 

 Selain buat hantaran ni aku ada gak pegi rumah lama arwah atuk aku dulu. Ni adalah sebahagian gambar waktu aku pergi ke sana. Rumah ni sekarang dah rosak teruk. Tak de sape nak betulkan…

 

 

 Inilah rumahnya. Mak aku kata ada antara tiang rumah ni tak kan rosak sebab ada semangat tertentu. Entahlah. aku bukan percaya sangat pun. Tapi tu kepercayaan orang dulu-dulu la…

 

 

 

 

Ni aku dengan bapak aku kat belakang rumah tu… Parang tu nak buat kerat pokok rambutan.

 

 

 

 

 

 Ni kat dalam rumah tu. Bapak aku dengan adik aku yang paling kecik…

 

 

 

 

 

 Ni pun adik aku gak….

 

 

 

 

 

 Haha… Aku pun nak masuk gak.. Tapi duk kat pintu je lah.. Kang roboh rumah ni tak pasal-pasal masuk hospital..

 

 

 

 

 

Tu je lah catatan hujung minggu aku di kampung.. Nanti sapa-sapa yang nak datang tengok boleh la pegi… Hehe….

p/s : Aku balik kampung biasa time raya jer…

August 4, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 4 Comments

Kembali Jua Akhirnya….

Haha… Tajuk entri nak jiwang jer.. Akhirnya penantian 2 minggu aku terjawab jua. Penantian ku berbaloi walaupun memakan masa yang agak lama yakni 2 minggu. Lama tu 2 minggu.. Naik berjanggut dah aku tunggu saat ni…

Tapi saat ape tu yer.. Hehe.. Bukan perkara yang besar sangat pun tapi bagi aku cukup besar. Rasa rindu terbalas juga.. Akhirnya phone kesayangan aku kembali ke pangkuan ku setelah merantau selama 2 minggu. (Rujuk entri lepas kalau nak tau ceritanya). Semoga lepas ni phone aku tak perlu merantau lagi…

p/s : Boleh la aku dengar lagu hari-hari….. Hehe.. ^_^

July 29, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Aku Sudah Hancurkan Hatinya…..

Erm… Kenapa dengan entri aku kali ni yek? Aku pun susah nak jelaskan. Cerita lama diungkit kembali.. Tapi yang jelas aku telah menghancurkan hati seorang insan yang bergelar wanita tanpa aku sedari.. Sudah lebih 3 tahun rupanya. 3 tahun yer bukan 3 hari mahupun 3 bulan!! Selama tempoh itu aku telah menghancurkan hatinya. Siapa sangka dalam diam ada gak orang yang gilakan insan sengal dan senget macam aku ni… Haha… Cam lawak je citer ni kan… Tapi itulah yang berlaku. Aku bukannya pakar dalam bab-bab kasih mengasih nih.. Manalah aku tahu isi hati orang.. Mungkin aku ni bodoh agaknya masa tu. Surat dah di hantar tapi aku tidak pula membalas. Cuma melihat dari jauh dan takut untuk berjumpa walaupun pada waktu itu hati dah tertaut.. Maklumlah pandangan pertama. Sungguhpun begitu, dek kerna pelbagai cerita atau lebih tepat dan padatnya gosip-gosip liar dengan insan ketiga dan keempat tanpa aku ketahui dalam diam ada yang merana… Dan dialah insan tersebut…

Setelah 3 tahun berlalu, aku berhubung kembali dengannya. Macam sebuah kitab lama dibuka kembali.  Tapi kini dia sudah ada insan yang lebih baik daripada ku. Mungkin… Mungkin sudah terlambat untuk memenangi hatinya kembali, tetapi aku belum terlewat untuk memohon kemaafan.. Selagi roh masih d jasad, selagi ada bulan dan matahari, dan selagi ada air dan udara, selagi itulah aku boleh untuk terus memohon kemaafan setelah apa yang telah berlaku 3 tahun yang lalu.. MAAFKAN AKU….

p/s : Melalut keluar jap daripada isu-isu biasa yang aku bincangkan di blog ni..

July 21, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 5 Comments

Tersadainya N81 8G Aku…

Aduyai…. Memang payah kehidupan tanpa handset pada hari ini. Nak berhubungan pun payah. Mujur aku ada handset simpanan untuk digunakan di waktu-waktu kecemasan ini. Tidak sampai 4 bulan akunye NSeries masuk bengkel. Huh.. Rosaknya; slide tak boleh nak tutup. Hampeh! Tanya kedai dia kata first time jumpa kes camtu. Tak tau la ye ke tidak.. Nasib baik under warranty lagi…

July 14, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

“Tunggu La Kayu!!! Bodoh Betul La Korang Ni!!!”-Rapid KL

Disini ada satu cerita panas aku nak kongsi bersama. Kisah driver yang terlampau “sopan”. Pada hemat aku mungkin semua orang tahu akan kewujudan sebuah syarikat pengankutan awam yang di panggil Rapid KL atau nama panjangnya Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur. Kisahnya di sini adalah tentang seorang atau dengan lebih tepatnya seekor driver yang teramatlah “sopan” budi bahasanya. Gred 9 dalam pelajaran Sivik.

Seperti biasa, aku menaiki bas syarikat terbabit untuk pulang ke rumah setelah hampir setengah jam menanti dengan penuh kesabaran dan ketatasusilaan. Akibat lambat bergerak, maka ramailah umat manusia yang tidak berkenderaan ataupun mungkin yang baru-baru nak belajar naik pengangkutan awam lepas Pak Lah menaikkan harga minyak berada dalam bas tersebut . Pemandunya adalah orang yang aku katakan dapat Gred 9 dalam Sivik tadi. Apabila sampai di salah satu perhentian, beberapa orang penumpang telah sampai ke destinasi ingin turun dan kelihatan ramailah yang menanti dek kelambaban bas tersebut untuk bergerak daripada habnya.

Mungkin dah lumrah manusia agaknya untuk berebut menaiki bas, takut-takut tertinggal setelah basah ketiak menanti di hentian bas. Adalah antara mereka yang cuba untuk menaiki bas daripada pintu belakang. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku kalau driver Gred 9 memandu bas akan memaki dengan lancar dan penuh bangganya kepada insan-insan yang naik melalui pintu belakang ini. Memanglah dilarang untuk menaiki bas daripada pintu belakang, tapi bagi aku tidak perlulah untuk maki-maki. Nampak sangat la yang dia ni tahap bahasanya amat rendah. Aku ingat lagi satu makiannya yang dilemparkan kepada orang yang berada di luar bas,” Tunggu la kayu!!! Bodoh betul la korang ni!!!”. Apalah rasanya orang yang menanti di luar bas tu? Aku tengok muka masing-masing nak bantai je driver tu. Kalau ya pun, gunalah bahasa yang baik sedikit. Hormatlah perasaan orang lain, makcik-makcik yang ada kat luar tu. Siapa yang bodoh sekarang ni? Dialah bodoh!! Bahasa tak de!!

Kalaulah yang dimaki tu pelancong asing atau orang luar. Apa kata mereka? Membawa imej yang buruk kepada negara!! Oleh sebab orang-orang yang seperti driver Gred 9 inilah bangsa kita tidakmaju. Budi bahasa melempar kemana-mana.. Sedarlah, dia tu berkhidmat untuk masyarakat. Kalau dengan masyarakat pun tidak mesra, baik berhenti kerja je. Senang hidup. Orang pun tak sakit hati. Nasib baik lah aku tak pernah kena…

p/s: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana driver seekor, bangkrap satu kompeni..

June 17, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | No Comments Yet

Krisis Dunia Global; Remaja Semakin Rosak…

Pemimpin kita mungkin terlupa sesuatu. Sibuk dengan kenaikan harga minyak dan perebutan jawatan, sesuatu yang lebih utama telah dilupakan. Mana tidaknya, program-program membentuk sahsiah diri remaja seakan-akan dilupakan. Remaja kita hari ini semakin hanyut dalam dunia mereka tanpa ada tangan yang datang menghulur. Budi bahasa remaja kita semakin hari, semakin membimbangkan. Hal ini bukan baru berlaku malah telah berlaku sejak sekian lama. Sampai ke hari ini aku tidak dapat berdiam diri lagi.

Semalam merupakan puncak tahap kesabaran aku terhadap kurangnya nilai budi bahasa dalam diri remaja yang menyebabkan aku terpanggil untuk menulis entri ini. Alkisahnya begini. Aku menerima satu “misscall” daripada satu nombor yang tidak di kenali. Seperti biasa pada tanggapan aku mungkin ada rakan-rakan yang ingin bergurau ataupun si pemanggil tersebut tersilap mendail. Setelah beberapa ketika aku menerima satu SMS yang bunyinya seperti orang yang marah-marah dan bertanya sama ada aku adalah pelajar di salah sebuah sekolah yang tidak perlulah aku catitkan di sini. Hairan dengan SMS tersebut aku membalas dan mengatakan bahawa beliau tersalah nombor. Pada hematku mungkin insan ini faham tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Satu SMS carutan di hantar kepada aku. Gila! Dah la salah nombor lepas tu maki pulak. Pening. Oleh sebab tidak mahu insan ini terus tersalah faham aku mendail kembali nombor tersebut bagi menjelaskan bahawa dia terslah nombor. Mungkin si pemanggil itu BODOH agaknya, dia tidak faham-faham bahawa dia tersalah nombor dan terus memaki. Inilah dia remaja kita!! Tiada perasaan hormat dan budi bahasa. Tak faham aku!

Aku beranggapan ini bukanlah satu masalah yang kecil. Dengan orang yang tidak dikenali pun bertindak tidak hormat, bagaimana agaknya orang yang di kenali. Sedarlah semua.. Anak-anak remaja inilah yang bakal mencorakkan kepimpinan masa depan. Aku rasa ini bukanlah kali pertama permasalahan remaja diperkatakan. Sudah beribu kali dan beribu contoh permasalahan remaja diutarakan. Ini belum lagi termasuk gejala sosiala yang melanda remaj. Entahlah. Apa lagi yang bakal berlaku hari esok. Kita tidak tahu… Mungkin pada masa akan datang nilai budaya dan budi bahasa itu tidak lagi wujud dalam diri remaja

p/s : Hanya Tuhan Saja Yang Tahu Apa Yang Bakal Berlaku…..

June 15, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Tentang Aku | | 1 Comment