Luah Kata Dari Rasa

Kata Hati Insan Biasa…

16 September : Ayuh Serang Ramai-Ramai…

Selamat Hari Malaysia kepada semua. Kini serangan balas semakin giat di jalankan atas kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya seperti  yang dicanangkan akan berlaku pada hari ini (16 September 2008). Kalau lima bulan lalu tidak ramai pemimpin kerajaan yang bersuara menafikan pembentukan kerajaan baru itu tapi hari ini ramai pula yang memberikan pendapat. Kononnya mereka sudah menjangkakan perkara seumpama ini berlaku. Kenapa tidak dari dulu lagi menafikannya. Balik-balik Pak Lah juga yang kena jawab.

Permainan media semakin giat digunakan oleh barisan kerajaan bagi menjatuhkan kredibiliti Pakatan. Walaupun permainan media ini telah bermula semenjak selepas PRU-12 yang lalu lagi tapi hari ini media digunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Jika ada perkara baik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan di sebut pun tidak dalam media. Jika adapun mungkin di putar belitkan sedikit bagi menampakkan juga kepincangannya. Tapi jika perkara yang kurang baik berlaku, 3 hari 3 malam dicanangkan di media. Adil sungguh media di Malaysia ni ye..

Aku yakin bermula hari ini kerajaan akan menggunakan sepenuhnya media terutamanya media-media kerajaan untuk menyampaikan propaganda mereka dalam menampakkan kepada rakyat betapa ”jahatnya” Pakatan walaupun pada dasarnya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Takut sangatkah media untuk melaporkan kebenaran? Yang baik tetap baik, yang buruk tetap buruk.

Hari ini (16 September 2008) mungkin menjadi tarikh keramat bagi BN kerana dapat mengekang kemaraan Pakatan ke Putrajaya. Tapi sampai bilakah kemaraan ini dapat disekat? Mungkin sehingga PRU-13 yang akan datang. Atau mungkin lebih awal daripada itu. Siapa tahu? Politik hari ini tidak menentu dan 1001 kemungkinan boleh berlaku.

Pokok pangkalnya, kerajaan Pakatan yang memerintah di 5 negeri setelah tamat PRU-12 lalu dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Sehingga hari ini aku berpuas hati dengan pelbagai program yang direncanakan di Selangor. Selaku penduduk di Selangor aku gembira kerana berpeluang untuk bertemu dengan wakil rakyat dan ahli exconya. Kalau di Pahang, aduyai… Susah gak aku nak jumpa dengan wakil rakyat dan exco negeri tu.. Hurm..

Apa-apa pun yang berlaku, teruskanlah untuk menyerang kerajaan Pakatan. Perkara seumpama ini akan menimbulkan kejelikan di mata rakyat yang mendengarnya seterusnya membawa kepada kemusnahan diri sendiri oleh kerajaan BN. Fikirlah sebelum bertindak. Rakyat sudah tahu menilai. Jangan perbodohkan rakyat lagi. Aku rasa ada sampai raya nanti agaknya cerita 16 September ini akan didendangkan di tv.. Tengok sajalah..

p/s : Kepada penduduk Shah Alam, Adun Kota Anggerik YB Yaakop Sapari ada membuat majlis berbuka puasa dan terawih di kediamannya pada 17 Sept 2008. Sesiapa yang ada kelapangan boleh la datang..

September 16, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 4 Comments

16 September : Bergembiralah BN…..

Pembentukan kerajaan Pakatan 16 September ini sudah hampir pasti tidak terlaksana dek kerna beberapa masalah teknikal yang berlaku. Nampaknya BN bolehlah bersorak gembira dan menghentam Pakatan terutama DSAI kerana kegagalan ini. Bolehlah mereka mengaut seberapa banyak keuntungan lagi selepas ini. Walaubagaimanapun mereka harus sedar bahawa penangguhan ini hanyalah bersifat  sementara waktu. Tidak bermakna terhenti seketika akan terus terhenti untuk selamanya. Itulah hakikat yang kerajaan BN harus sedar. 

Aku tertarik untuk meminjam perumpamaan daripada rakan blogger aku Ladymariah iaitu pembentukan kerajaan ini ibarat mengandung. Kadangkala doktor tersalah jangka tarikh kelahiran. Adakalanya awal dan adakalanya lambat. Akhirnya lahir jugakan Begitu juga dengan peralihan tampuk pimpinan kerajaan ini. Tidak berlaku hari ini berlaku hari esok. Tidak esok, mungkin lusa atau pada bulan-bulan akan datang. Pokok pangkalnya boleh berlaku. Cuma masa yang menentukan.

Mungkin BN merasakan mereka menang hari ini. Tetapi mereka harus tahu bahawa kemenangan itu bukanlah kemenangan mutlak. Jangan sangka panas hingga ke petang, takut hujan di tengah hari. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan takut basah di kemudian hari. Janganlah terlalu yakin peralihan ini tidak akan berlaku. Mungkin ya untuk masa terdekat mungkin tidak akan berlaku. Untuk jangka masa panjang siapa tahu? Lainlah dalam BN ada ahli nujum yang boleh menilik nasib mereka. Kalau ada ahli nujum pun mereka tentu dah cabut awal-awal sebab tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka. Jadi bersiaplah… Bertindak sebelum terlambat. Bersiap sebelum di pecat…

p/s : Macam filemlah.. Hero kalah dulu.. Hehe.. ^_^

September 15, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 3 Comments

Semakin Hari Semakin Lemah….

Nampaknya pergolakan dalaman Barisan Nasional belum menemui titik noktahnya. Kelemahan pucuk pimpinan tertinggi telah dilihat sebagai punca kepada permasalahan antara Parti Gerakan yang juga parti komponen BN dengan UMNO semakin berlarutan dari hari ke hari. Isu perkauman yang dicetuskan oleh Ahmad Said sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh lalu dilihat semakin meruncing apabila Ahmad Said yang juga Ketua Pemuda UMNO Bukit Bendera enggan memohon maaf sebaliknya menyalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya. Terpaksalah Pak Najib yang kena mohon bagi pihak UMNO untuk meredakan ketegangan.

Perkembangtan terbaru menyatakan Ahmad Said telah menyalahkan Gerakan atas kekalahan dalam Pilihan Raya dI Pulau Pinang dan meminta agar Gerakan keluar daripada Barisan Nasional.Wahaha… Lagaknya macamlah UMNO tu kuat sangat. Macamlah dia tu Pengerusi Barisan Nasional. Bukanlah menyokong Gerakan, tetapi tindakan seumpama itu boleh mengeruhkan keadaan yang sudah sedia keruh bagi parti pemerintah. Aku lihat hari ini agenda untuk parti adalah lebih utama berbanding agenda untuk rakyat. Tak guna kalau setakat turun padang lawat orang dilanda bencana tetapi bantuan tak sampai dan ada maksud yang terselindung.

Tindakan beberapa ahli UMNO yang menurunkan gambar Koh yang juga merupakan pemangku Presiden Gerakan dan memecahkan bingkainya dan mengoyakkan gambar tersebut dilihat terlalu biadap dan tidak beretika. Itu ke UMNO? Huh.. Dahsyat yek.. Dalam perselisihan pendapat PAS-DAP pun tak de la pulak ahli PAS koyak gambar Lim Kit Siang. Tak de la pulak ahli DAP koyak gambar Nik Aziz.. 

Ahmad Said kena sedar, walaupun pada asal usul sejarahnya memang kaum cina dan India datang ke Tanah Melayu dibawa oleh Inggeris pada waktu penjajahan dulu, kita kena hormati sumbangan mereka di Tanah Melayu dalam membangunkan ekonomi di Tanah Melayu pada waktu itu. Dan sehingga kini pun mereka masih lagi merupakan antara pembangun ekonomi di Malaysia. Lihat sahaja berapa ramai kaum cina yang terlibat dalam sektor ekonomi dan perniagaan. Kalau nak diharapkan Melayu dari dulu sampai sekaranglah kita sukar untuk maju. Bukan menidakkan keupayaan orang Melayu tetapi sikap suka bergantung dan malas kebanyakan bangsa Melayu telah melemahkan bangsa ini keseluruhannya.

Kepimpinan tertinggi UMNO seharusnya bertindak untuk membangunkan minda masyarakat terutamanya Melayu. Bukan setakat nak jerit ”Hidup Melayu” je. Tak guna jerit sampai terkeluar anak tekak pun jika tiada perubahan yang berlaku. Pak Lah janganlah terlalu LEMBUT. Kesejahteraan rakyat adalah lebih penting daripada agenda peribadi..

p/s ; Aku rasa Gerakan akan keluar BN… Hanya masa yang menentukan….

September 9, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 8 Comments

Salah Percaturan : Besar Musibahnya…

Ya. Memang benar jika kita tersalah percaturan musibahnya amat menyakitkan. Musibahnya amat memeritkan. Banyak perkara yang jika kita tersalah percaturan kita akan merasai kesannya. Antara sedar atau tidak kesilapan percaturan boleh membawa bencana yang amat dahsyat

Jika kita sebagai pengurus sebuah pasukan bola sepak kita mungkin tidak mahu pasukan kita kalah kepada pasukan lain. Mungkin kita sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti bagi menguatkan pasukan. Tapi adakah usaha itu berbaloi jika pemain yang dibeli tidak mencapai standard yang dikehendaki? Dek kerna tersalah percaturan sewaktu mendapatkan pemain kita mungkin akan mengalami kerugian malah lebih dahsyat lagi kita mungkin akan di pecat daripada pasukan jika pasukan tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu besar kesannya terhadap tersilapnya percaturan dalam pengurusan sesebuah pasukan bola sepak.

Begitu juga kepimpinan hari ini. Contoh diatas adalah satu simulasi terhadap keadaan yang berlaku dalam dunia politik Malaysia hari ini. Pengurus pasukan bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri dalam sesebuah kerajaan. Segala percaturannya menjadi nadi terhadap kesejahteraan di dalam sesebuah negara. Menteri-menteri yang boleh diibaratkan sebagai pemain dalam sesebuah pasukan bola sepak merupakan penggerak kepada segala perancangan yang di lakukan oleh pengurusnya (Perdana Menteri). Jika barisan menteri ini gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang rakyat yang merupakan kuasa terbesar boleh ”memecat” mereka menerusi Pilihan Raya Umum untuk memilih calon yang lebih sesuai bagi menerajui tampuk pemerintahan negara. Kean Pilihan Raya Umum lalu masih lagi terasa bahangnya. Setakat hari ini aku lihat kerajaan masih lagi tercari-cari rentak untuk menangkis segala permasalahan yang berlaku.

Bermula dengan kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum lalu, rakyat seolah-olah dipermainkan apabila janji untuk tidak menaikkan harga minyak gagal ditepati kerajaan pemerintah. UMNO tehegeh-hegeh mencari PAS untuk ”bermuzakarah”. Pertelingkahan dalam parti komponen BN semakin menjadi-jadi. Politik wang semakin menggila dalam sesi pemilihan UMNO. Penurunan harga minyak sebanyak 15 sen sebelum Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di lihat sebagai umpan untuk menarik undi walaupun turut di nafikan tapi misi itu juga gagal apabila DSAI menang selesa di Permatang Pauh dengan peningkatan majoriti yang agak ketara. Dan hari ini parti pemerintah dilihat makin tertekan dengan uar-uar bahawa kerajaan baru akan dibentuk pada 16 September ini walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pak Lah. Mereka seolah-olah tidak senang duduk dan menghitung hari untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Inilah akibatnya jika tersalah percaturan. Itulah kesannya akibat terlalu tamak. Mujur mereka masih lagi berjaya membentuk kerajaan itupun dengan majoriti mudah setelah kehilangan kuasa 2/3. Rakyat hampir menghukum mereka pada pilihan raya umum yang lalu dan senario ini semakin jelas pada pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu. Mungkin masih ingin memberi peluang. Tapi jelas aku lihat dari hari ke hari sokongan kepada Pakatan semakin bertambah. Aku dapat rasakannya. Kalaupun mereka tidak membentuk kerajaan 16 Septembar ini aku yakin pada PRU-13 nanti kerajaan BN pasti akan berada di kerusi Pembangkang dan bukan lagi bersenang-lenang di barisan Kerajaan.

Sedarlah, adalah tidak cukup dengan sekadar bersesak di dalam komuter. Adalah tidak cukup dengan sekadar bersumpah. Adalah tidak cukup dengan sekadar memberi janji manis. Yang rakyat mahu keadilan. Yang rakyat mahu ketelusan. Yang rakyat mahu kestabilan ekonomi. Itu yang rakyat mahu. Bukan politik wang. Bukan hanya nampak muka bila tiba musim Pilihan Raya. Rakyat mahukan pemimpin yang sanggup bersama-sama mereka merasai kesusahan. Bukan hanya pemimpin yang duduk di banglo-banglo mewah semat-mata.

Semoga, segala kepincangan ini dapat di atasi dengan segera. Ayuh bangkit. Buktikan rakyat adalah raja dalam sistem perlembagaan demokrasi ini. Hapuskan segala ketirisan yang berlaku…

p/s : Menghitung hari…..

September 6, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 2 Comments

Melayu Pemalu?

Benarkah masyarakat Melayu kita pemalu sifatnya? Benarkah Melayu kita sopan gaya lakunya? Betul ke kedua-dua fakta ni? Aku pun kadang-kadang tu keliru. Betul ke apa yang aku dengar apabila setiap kali aku menghadiri ceramah-ceramah yang berkaitan dengan jati diri dan pembangunan minda ni? Hurm.. Entahlah. Mungkin ada separuh daripadanya betul. Tetapi yang lainnya adalah PALSU semata-mata. Sekadar untuk menyedapkan ceramah je.

Memang benar Melayu tu pemalu sifatnya. Malu untuk bertanya jika ada kekeliruan. Malu untuk mebetulkan kesilapan yang terang-terang dilakukan. Malu untuk menyatakan kelemahan diri. Malu untuk menegakkan kebenaran. Malu untuk maju ke hadapan. Dan pelbagai contoh lagi yang menyebabkan Melayu kita malu.

Tapi bukanlah semuanya orang kita malukan. Ada juga perkara-perkara yang ramai orang Melayu tiada rasa MALU. Melayu kita terutamanya remaja kita tak malu untuk berkepit siang malam dengan pasanagn masing-masing. Melayu kita tak malu untuk merempit sampai ke Subuh. Malah berasa bangga lagi. Melayu kita tak malu merakam aksi seks mereka guna handphone. Melayu kita tak malu  terkinja-kinja tengah orang ramai sewaktu konsert. Melayu kita tak malu ambil rasuah. Melayu kita tak malu sumbang mahram. Melayu kita tak malu kahwin lari. Melayu kita tak malu mencuri duit mak bapak. Melayu kita tak malu main nombor ekor

Apa semua ni? Aku semakin kecewa dengan senario hari ini yang melibatkan bangsa aku yang tercinta. Aku bukanlah pejuang bangsa. Tetapi setidak-tidaknya aku masih punyai rasa sayang dan sedih apabila perkara seumpama ini berlaku. Bukanlah semua Melayu begitu. Aku amat berbangga dengan bangsa Melayu yang berjaya di luar sana. Tapi berapa sangatlah bilangannya jika nak dibandingkan dengan Melayu-Melayu yang seumpama ini.

Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah bangsa dan agama, tapi itulah hakikat yang harus diterima. Sekadar peringatan untuk semua termasuklah juga diriku yang lemah ini. Apalah yang mampu di buat oleh insan-insan seperti aku ini. Seharusnya pemimpin-pemimpin terutamanya pemimpin Melayu berusaha untuk membawa dimensi baru kepada bangsa Melayu yang aku lihat semakin hanyut dalam dunia mereka sendiri. Pembangunan lahiriah seharusnya diterapkan dan bukan pembangunan zahiriah semata-mata.

p/s : Sedarlah semua. Hidup ni tak panjang….

September 4, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 5 Comments

16 September : Keramat Atau Kiamat?

Setelah kemenangan Datuk Seri Anwar pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang lalu aku yakin seluruh rakyat Malaysia akan tertumpu kepada beliau sambil menanti sama ada Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara 16 September ini atau tidak. Adakah tarikh 16 September itu menjadi tarikh Keramat bagi Pakatan Rakyat atau tarikh Kiamat bagi mereka? Risikonya amat besar. Andaikata Pakatan Rakyat gagal untuk menuju ke Putrajaya 16 September ini sudah pasti rakyat akan rasa tertipu dan situasi seumpama ini memberikan gambaran yang amat buruk kepada Pakatan. Boleh ker pengambilalihan kuasa ini berlaku?

Secara teorinya memanglah nampak mudah untuk membentuk kerajaan. Pakatan hanya memerlukan 30 orang Ahli Parlimen BN untuk melompat masuk ke dalam Pakatan. Tetapi apabila difikirkan kembali adakah praktikalnya akan berjaya? Bagaimana untuk membawa masuk sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan? Mungkin itu menjadi persoalan terbesar dalam setiap pemikiran rakyat Malaysia termasukalah aku. Pemimpin kerajaan awal-awal lagi telah menolak kemungkinan akan ada ahli yang melompat masuk kedalam Pakatan. Jangan terlalu yakin. Kemungkinan tetap ada cuma keberangkaliannya sahaja yang kecil. Tapi tidak mustahil bukan.

Kerajaan Barisan Nasional harus bersedia menghadapi kemungkinan dan memperkukuhkan jalinan antara ahli parti komponennya. Kalau ini gagal dilaaksanakan tidak mustahil tarikh 16 September menjadi tarikh ”kiamat” bagi BN. Bagi pihak Pakatan pula mereka harus berusaha agar cita-cita untuk melangkah ke Putrajaya pada 16 September ini terlaksana. Jika tidak 16 September ini juga akan menjadi tarikh ”kiamat” bagim mereka. Inilah bahana 16 September. Merupakan titik hala tuju politik negara…

p/s : Berjaya atau tidak?

August 28, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 5 Comments

Misi “Pecah Badi” Gagal….

Kemenangan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh kelmarin telah memusnahkan harapan BN untuk menakluk dan memecah “badi” di Permatang Pauh sejak sekian lama. Nampaknya mereka perlulah menanti untuk pilihanraya seterusnya sama ada mampu atau tidak untuk memecah badi tersebut. BN yang pada mulanya begitu yakin untuk menawan kembali Permatang Pauh daripada pembangkang ditunjuk jalan keluar apabila calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah tewas dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 8 Mac yang lalu apabila Datuk Seri Anwar menang dengan majoriti sebanyak 15671 undi.

Mungkin tersilap percaturan atau cara kempen yang kurang berkesan menjadi punca kekalahan BN walaupun aku sudah menjangkakan kekalahan ini. Kenyataan-kenyataan bahawa akan berlakunya persaingan sengit di Permatang Pauh seolah-olah tidak menjadi apabila Datuk Seri Anwar menang dengan majoriti yang besar d Permatang Pauh. Nampaknya sekali lagi BN gagal untuk menawan hati pengundi atas pagar di Permatang Pauh untuk mengundi calon mereka (klik sini). Isyarat kedua ini seharusnya memberi petanda kepada kerajaan bahawa mereka harus membaiki setiap kelemahan yang berlaku.

Sekarang bukan masanya untuk BN membuat bedah siasat tapi sekarang adalah masa untuk BN berubah. Bedah siasat atau post mortem sepatutnya telah lama dibuat setelah isyarat yang pertama pada 8 Mac lalu. Bukan sekarang. UMNO yang merupakan tunjang terbesar kepada BN seharusnya membaiki kelemahan parti. Tapi sehingga kini aku lihat belum ada apa-apa perubahan yang berlaku. Penyelewengan masih lagi berlaku. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Ingat tu…

p/s : Jangan sedih sangat sampai berita utama pun tak siar keputusan penuh Pilhan Raya…

August 28, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 3 Comments

Harga Minyak Turun : Sampai Bila?

Mulai hari ini kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak RM0.15 dan RM0.22 bagi RON97 dan RON92. Manakala harga Diesel diturunkan sebanyak RM0.08 kepada RM2.50 (klik sini). Tapi sampai bilakah agaknya penurunan harga ini dapat terus dikekalkan? Terima kasih kepada kerajaan kerana agak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini. Secara teorinya apabila harga minyak naik harga barangan akan turut melambung naik. Alasan yang diberikan oleh peniaga ialah harga terpaksa dinaikkan atas desakan kenaikan harga minyak. Tetapi apabila harga minyak diturunkan ada ke mereka turut menurunkan harga barangan? Apa pandangan anda?

Sebenarnya rakyat masih lagi menghadapi masalah kenaikan harga barangan terutamanya kenaikan harga barangan makanan. Bukanlah menyalahkan 100% kepada peniaga tetapi kerajaan seharusnya memandang serius isu ini agar tidak terus menekan pengguna. Mungkin dengan penurunan harga bagi bahan api ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban walaupun tidaklah sebesar mana. Setidak-tidaknya dapat juga membantu meringankan sedikit tanggungan yang dihadapi oleh rakyat hari ini.

Aku bukanlah terlalu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan, tetapi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak begitu menentu hari ini kita harus bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Penurunan harga minyak dunia ini mungkin bersifat sementara. Kita tidak tahu keadaannya pada masa akan datang. Semoga penurunan harga minyak dunia ini akan terus konsisten dan rakyat akan dapat menikmati faedahnya..

p/s : Jangan mungkir janji lagi…

August 23, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Selayang Pandang | | 3 Comments

Ayuh Sokong!!! Hahaha!!!

Nampaknya BN sudah mendapat sokongan daripada 9000 ahli Persatuan Silat Seni Lincah Malaysia. Katanyalah kan (klik sini). Tapi kita tak tahu. Sedangkan pantai pun boleh berubah. Inikan pula hati manusia kan. Hehe… Apalah sangat dengan 9000 tu, bukannya semua yang akan undi BN. Bukan kita undi ikut persatuan, jadi belum tentu semua 9000 yang layak mengundi  di Permatang Pauh tu akan undi BN.

Sejarah telah membuktikan. Janganlah mudah lupa. Aku tahulah MELAYU tu mudah lupa… Tapi janganlah kita lupa. Kalau kita masih ingat sewaktu Pilihan Raya yang lepas ramai yang layak untuk mengundi terutamanya di Kelantan diberi tiket bas percuma dan wang saku oleh puak-puak UMNO. Kempen “kelik ngundi” lah kononnya. Tapi semua orang tahu tu semua untuk tarik supaya orang undi BN di Kelantan dan adalah insan-insan yang kononnya menyatakan sokongan kepada UMNO. Tapi apa jadi? BN kalah teruk di Kelantan. Jadi BN janganlah terlalu yakin dengan sokongan-sokongan yang diberikan secara lisan ni.. Yang penting undi pada hari pilihan raya. Bukan setakat kata-kata..

Oleh itu, jangan terlalu yakin. Sesiapa saja boleh menang hatta calon dari AKIM sekalipun. Beri perhatian kepada rakyat. Jangan asyik nak songlap duit rakyat je…

p/s : Selamat bertanding dengan “BERSIH” di Permatang Pauh nanti… Jangan tau main “KOTOR” je..

August 22, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | No Comments Yet

Anwar vs Arif Shah : Siapa Lagi Layak?

Hehe… Nampaknya BN dah pun menamakan calonnya bagi menentang Anwar di Permatang Pauh iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah ; ADUN kawasan Seberang Jaya.(klik sini)  Hurm… aku ingat 16 Ogos nanti baru nak umum. Haha… Apalah agaknya PELUANG orang tua senior dalam UMNO ni untuk menang? Bukanlah nak mengecilkan peluang beliau tetapi apabila melihat kepada senario semasa aku berpendapat peluang untuknya menang adalah 10:90. Dengan keadaan UMNO yang aku lihat dari hari ke hari makin parah kondisinya. Amalan rasuah yang diamalkan sejak dahulu kala semakin menjadi-jadi (klik sini). Pemimpin semakin gila jadinya. Gila kuasa!! Aku tak faham mengapa sebuah parti yang kononnya berjuang demi agama, bangsa, dan negara dilihat semakin terpesong matlamat perjuangannya.

Jika dilihat statistiknya, Arif Shah adalah satu-satunya calon BN yang menang kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, itu pun bukanlah dengan majoriti yang cukup besar. Arif Shah hanya menang dangan majoriti 533 undi sahaja di Seberang Jaya (klik sini). Secara atas kertasnya, Anwar telah pun menang sebahagian undi terutamanya daripada dua lagi kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang kedua-duanya memperoleh majoriti lebih daripada dua ribu undi.

Nampaknya BN perlu lebih berusaha gigih jika ingin menamatkan sumpahan di Permatang Pauh. (klik sini) Mereka perlu menarik lebih daripada empat belas ribu pengundi untuk memadam jumlah majoriti yang dimenangi PKR sebelum ini. Mampu ke mereka? Mungkin mampu kalau ada bantuan-bantuan “kuasa ghaib”. Haha…. Korang pun faham kan maksudnya…

Siapa yang lebih layak antara mantan Timbalan Perdana Menteri atau ADUN Seberang Jaya? Pengundi Permatang Pauh yang tentukan…Segalanya di tangan anda….

p/s : Jangan menangis kalau kalah nanti…..

August 14, 2008 Posted by pedangbiru | Luah Rasa-Politik Kita | | 3 Comments